BREAKING

28 December 2010

Punca, Rawatan Serta Pencegahan Penyakit Kudis Buta

Post kali ini kita berbicara pula mengenai penyakit kudis buta atau turut dikenali sebagai scabies. Kudis Buta ini ialah keadaan di mana pesakit mengalami kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei. Kutu ini mempunyai lapan kaki yang panjang dan badannya kira-kira 0.4mm setiap satu. Kutu betina akan mengorek ke dalam kulit dan bertelur seterusnya mati. Telur-telur ini akan menetas menjadi kutu baru dan hidup selama 30 hari. Kudis buta ini bukan la petanda kurangnya kebersihan tetapi ia juga berlaku di kawasan yang sesak seperti asrama dan rumah asuhan.

penyakit kudis buta
pic dr google



Tanda-tanda :

  • kegatalan kulit yang amat sangat,terutamnya pada waktu malam atau selepas mandi air panas.
  • tanda-tanda calar kesan menggaru.
  • bintik  merah-terutamanya pada tapak tangan dan kaki.
  • garisan hitam beralun dan pendek pada kulit-tempat korekan kutu.

Kawasan Jangkitan :
  • celah-celah jari.
  • tapak tangan
  • pergelangan tangan
  • kawasan kemaluan
  • punggung
  • sekitar pusat
  • celah-celah ketiak
  • siku
  • kaki dan buku lali.

Cara jangkitan :
  • sentuhan kulit ke kulit
  • menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti.

Rawatan :
  • Losyen benzyl benzoate
  • krim gamma benzene hexachloride
  • Losyen malathion.

Pencegahan:
  • jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah/taman kanak-kanak sehingga sembuh.
  • rawat seluruh ahli keluarga serentak.

info: www.infosihat.gov.my

3 comments :

  1. rupanya sebab gigitan kutu..serius baru ambe tau..

    thanks yer berkongsi

    ReplyDelete
  2. ok. ini memang tak best.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2013 Blackrosehunter
Design by FBTemplates | BTT
    Twitter Facebook Google Plus Vimeo Flickr YouTube