Kolera (Penyakit Taun)

Baru-baru ini, banjir yang melanda barat laut Semenanjung Malaysia iaitu Kedah telah meragut sejumlah nyawa dan juga banyak memusnahkan harta penduduk.Besar kemungkinan akan timbul penyakit yang berkaitan air.Contohnya ialah Kolera.

Kolera atau nama lain yang selalu digunakan ialah penyakit taun. Penyakit taun ialah sejenis penyakit berjangkit akut usus kecil yang disebabkan oleh bacteria Vibrio Cholerae. Buat pengetahuan para pembaca, penyakit ini bercirikan muntah, cirit birit dan juga dehidrasi (kurang air) yang teruk.

Bakteria penyebabnya ialah Vibrio Cholarae.
Suhu kepanasan 100 celcius boleh membunuh bakteria ini dalam beberapa saat sahaja.
Tetapi bakteria ini boleh hidup di dalam ais sehingga 6 minggu, dalam air tawar sehingga 2 minggu dan dalam air masin sehingga 8 minggu.

Tempoh inkubasi(pengeraman) bakteria ini hanyalah dalam masa beberapa jam sahaja sehingga 5 hari. Tetapi kebiasaannya hanyalah 3 hari. Semua manusia ialah rentan (susceptible) dan tiada resistan terhadap kolera.






bakteria V. Cholerae



CARA JANGKITAN BAKTERIA VIBRO CHOLERAE

1. Pengambilan makanan atau minuman yang tercemari oleh Vibro Cholerae.

2. Vibrio Cholerae masuk ke dalam salur penghadaman dan membiak dengan
cepat dalam usus kecil dan menghasilkan  enterotoksin.

3. Enterotoksin akan menggalakkan rembesan cecair dan elektrolit keluar dari dinding usus ke dalam lumen usus( sodium klorida, potasium,bikarbonat ). Ini menyebabkan cirit – birit berlaku dengan teruk.

4. Cirit birit yang teruk akan menyebabkan keadaan hipokalemia (aras kalium yang terlalu rendah dalam darah), hiponatremia, dan hipovolemia (kurang jumlah darah yang beredar). Jika tidak dirawat akan berakhir dengan komplikasi terutamanya dehidrasi, renjatan, dan kegagalan asidosis.

CIRI-CIRI DAN SIMPTOM PENYAKIT KOLERA

1. Cirit birit yang berterusan
-najis seperti air beras (rice water stool)

2. muntah yang berterusan
- muntah secara memancut (projectile)

3. Kesakitan abdomen

4. Dehidrasi
-dahaga
-lidah kering
-mata cenkung

5. Kekejangan otot

6. Renjatan


Peringkat- peringkat

1)Peringkat Pembuangan ( Evacuation )

-Serangan bermula secara tiba-tiba.
-Cirit birit tanpa kesakitan lebih 20 kali, pada mulanya najis cair berwarna kuning, kemudian menjadi jernih dan cecair seperti air beras( Rice water stool ).
-Suhu badan subnormal ( 33.9 – 34.4 C )
-Muntah dengan kerap, bermula dengan makanan dan kemudiannya diikuti cecair seperti air beras.
-Kekejangan otot ( muscles cramp ).

2)Peringkat kolaps

-Tanda dan simtom dehidrasi serta renjatan mula kelihatan.
-Hipotensi disebabkan kehilangan air yang banyak.
- Oliguria (air kening yang sedikit) dan anuria (kegagalan ginjal untuk menghasilkan air kencing) disebabkan kekurangan perfusi ginjal akibat tekanan darah yang rendah.
-Asidosis disebabkan oleh kehilangan  sodium bikarbonat yang banyak dalam
-Nadi menjadi cepat, cetek dan lemah.
-Kegagalan ginjal berlaku akibat hipotensi yang berlarutan.

3)Peringkat reaktif

-Muntah dan cirit- birit mula berkurangan
-Nadi dan  tekanan darah meningkat
- Suhu badan beransur

4)Peringkat koma

-Pesakit yang tidak mengalami penyembuhan, keadaan seterusnya akan berlarutan dan bertambah tenat hingga ke peringkat koma.
-Manifestasi klinikal di peringkat awal yang tidak dirawat dengan segera akan membawa maut



Punca jangkitan ialah muntahan dan najis.Manusia merupakan reservior jangkitan sama ada sebagai pesakit atau pembawa. Jangkitan merebak melalui ‘ oral faecal route’ termasuk jari, makanan, lalat,najis dan barang –barang yang digunakan oleh pesakit ( finger, food, files, faeces, formites).


Kolera boleh merebak dan menjadi jangkitan pandemik, endemik atau epidemik.
Lebih kerap berlaku di :-

  • kawasan sanitasi yang tidak sempurna


  • bekalan air yang tidak selamat


  • kurangnya amalan kebersihan diri


  • persekitaran bencana alam seperti banjir. 

6 ulasan

  1. Hei blog yang sangat bagus! Man .. Indah .. Amazing .. Saya akan bookmark blog anda dan mengambil feed juga ....

    BalasPadam
  2. Thank you!!!! So useful info

    BalasPadam
  3. Thanks for the info. Really good and appreciate it

    BalasPadam
  4. Thanks for the info. Really useful n appreciate it. Tq

    BalasPadam
  5. blog nya bagus banget dan bermanfaat sekali

    BalasPadam