Perbezaan Resume dengan CV (Curriculum-Vitae)

Masa aku belajar dulu, aku tak tahu pun beza Resume dan CV (Curriculum-Vitae). Rupanya dua benda ini berbeza. Resume ini merupakan perantara bertulis yang mengandungi maklumat peribadi pemohon, kelayakan akademik, kebolehan dan pengalaman bekerja. Resume ini bersifat ringkas, padat dan menarik.

Manakala CV pula lebih bersifat terperinci yang mengandungi maklumat peribadi, latar belakang akademik, kemahiran, penerbitan, projek, anugerah, kajian-kajian yang dijalankan beserta pengalaman kerja yang terperinci dan panjang.  Sesuai untuk pekerja yang ingin meningkatkan kerjaya dan golongan profesional.

Jadi, secara umumnya, perbezaan resume dengan CV hanyalah dari segi maklumat yang dimasukkan dalam kedua-duanya. Resume lebih ringkas dan pendek dan CV pula lebih terperinci dan panjang.


Jenis-jenis Resume:

1) Chronological Resume
Merupakan struktur resume yang tradisional. Lebih fokus kepada seksyen pengalaman.

2) Functional Resume
Lebih fokus kepada kemahiran dan pengalaman . Sesuai untuk mereka yang ingin bertukar kerjaya.

3) Combination Resume
Resume jenis ini menyenaraikan kemahiran dan pengalaman terlebih dahulu. Resume jenis ini mengetengahkan kemahiran yang berkaitan jawatan yang dipohon.


Penyediaan Resume Secara Berkesan:




Kesilapan dalam Penyediaan Resume:



Tips:

>> Sekarang ini kebanyakkan syarikat hanya memerlukan pemohon menghantar Resume atau CV melalui email atau laman sesawang mereka. Jadi, permasalahan sampul surat atau terlipat tidak timbul.

>> Pastikan resume tu sepadat dan seringkas mungkin. Maksimum 2 muka surat. Kita kena beranggapan majikan tersebut tiada masa untuk baca resume kita yang panjang berjela.

>> Tunjukkan kelainan dalam resume kita. Kalau boleh jangan terlalu formal dan jangan terlampau santai. Kita kena bayangkan majikan ada beratus-ratus permohonan lagi. Jadi, sudah tentu ia membosankan. Untuk menonjolkan resume kita ini, buat sedikit kelainan. Contohnya, ubah font daripada Times New Roman kepada Arial atau tukar warna font bagi setiap sub-header.

Nasihat aku juga, jangan terlampau menghias resume itu (terlampau santai). Sebabnya kita tidak tahu majikan kita tu macam mana orangnya.

>> Utama pencapaian terbaik sahaja. Jadi, resume itu akan lebih pendek. Contohnya, kalau wakil universiti tu, letak pencapaian peringkat tertinggi, antarabangsa ke..kalau ada ruang, barulah masukkan peringkat yang lebih rendah sedikit.

>> Kalau terpilih untuk temu duga, buat yang terbaik. Temu duga ialah kunci untuk korang dapat kerja.


Okey, itu serba sedikit perkongsian aku. Kesimpulannya, perbezaan resume dengan CV hanyalah pada kandungannya. Kalau kita masih belum ada pengalaman kerja, resume adalah pilihan. CV sesuai untuk yang sudah bekerjaya.


bacaan lanjut: jobsmalaysia.gov.my

7 ulasan

  1. bagus info ini....berguna untuk para pencari pekerja..

    BalasPadam
  2. Alamak..resume saya lipat dulu..patutlah tak dapat job tu..huhu

    BalasPadam
  3. tak pandang dah semua ni.. den dah kerja. haha

    BalasPadam
  4. Sebenarnye ramai yang tak tahu pasal CV nie...

    BalasPadam
  5. Hahaha..kadang2 tersalah faham gak..

    BalasPadam