Alternatif terbaru menggantikan BMI

Alternatif terbaru menggantikan BMI

Saintis telah melakukan kajian terbaru untuk mengetahui kegemukan seseorang itu dengan menggantikan cara lama yang dikenali sebagai BMI (body mass index). Alternatif terbaru ini dikenali sebagai Body Adiposity Index, atau BAI yang berdasarkan ukuran ketinggian dan ukuran pinggul.


BMI telah digunakan sebagai satu alat atau pengiraan untuk mengira kegemukan seseorang itu. BMI  telah digunakan selama 200 tahun walaupun terdapat kecacatan. BMI secara menyeluruhnya digunakan oleh para penyelidik dan doktor. Ia dikira dengan membahagikan berat badan (kg) dengan tinggi (meter squared). Tetapi terdapat banyak kepincangan dalam pengiraan ini.


Sebagai contoh, wanita dan lelaki mungkin mempunyai kegemukan berbeza. Nombor  BMI tidak mampu untuk diumumkan kepada pelbagai kumpulan etnik ataupun atlit.


Berdasarkan kajian terhadap index populasi masyarakat Mexico-Amerika Latin,BAI boleh digunakan oleh pelbagai kaum. BAI ialah nisbah kompleks ukur lilit pinggul kepada tinggi yang dapat dikira oleh doktor atau jururawat melalui bantuan komputer atau kalkulator.


Walau bagaimanapun, kumpulan penyelidik ini menyatakan bahawa BAI masih memerlukan penyelarasan dan masih memerlukan ujian ke atas masyarakat kulit putih dan kumpulan etnik lain. Mereka yakin bahawa BAI merupakan salah satu alat yang baru.




sumber: http://health.yahoo.net

10 Ulasan

Terbaru Lebih lama