Apa itu DCHL? siapakah DCHL?Lampe berger..? mlm DCHL.

Sesiapa yang nak tahu pasal syarikat MLM ni boleh la merujuk kesemua link yang aku sediakan ni. Aku tak mahu bangsa Melayu ini terus menjadi mangsa kerakusan mereka yang sudah pun menjadi hamba duit ni. Aku akui duit memang perlu untuk hidup, tetapi jangan lah sehingga merosakkan kehidupan orang lain untuk kesenangan kita. Anda boleh menilai sendiri syarikat MLM ini. Nasihat aku, selidik terlebih dahulu baru buat keputusan. Ahli-ahli DCHL ini memang 'brainwasher' yang amat baik. Mereka pandai cari kelemahan anda,kelemahan dari segi kewangan untuk menarik minat kita.



https://www.thepetitionsite.com/1/mlmscam/ (update: petition closed)
http://ratuhati.com/forum/index.php?topic=1551.0
https://www.facebook.com/group.php?gid=44407682912&v=wall
https://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-471009-page-14.html


http://yp2kl.blogspot.com/2010/07/ada-udang-di-sebalik-batu.html
http://pergh.com/forum/uptown-pergh/apa-itu-dchl-mlm-apa-hah/60/

https://sgforums.com/forums/14/topics/210010
http://thewindthatchange.blogspot.com/2009/04/park-you-sgn.html
http://forums.whirlpool.net.au/archive/1483875
http://zaharuddin.net/kewangan/303-hukum-mlm--jawapan-jakim.html
http://www.zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html
https://www.facebook.com/SNTMLM 

syarikat ini dah lama bertapak di Malaysia ni. Mempunyai banyak nama sepanjang penubuhannya. nama lain diorang ialah RZ corporation. Ni nama company mereka yang didaftarkan dibawah kpdnkk. Tidak hairan company begini boleh dapat lesen sedangkan company arak dan kelab malam pun boleh dapat lesen.

Semuanya terletak kepada kita, samaada mempunyai minda terbuka atau tertutup untuk mudah tertipu. Buat apa kita hidup kaya raya di atas penderitaan orang lain. Dah ramai yang hilang kawan dan hilang orang yang tersayang disebabkan masuk benda ni.


Aku sediakan link kt atas sebab aku nak tolong bangsa Melayu supaya tidak menjadi mangsa Bangsa sendiri yang cukup rakus nak kaya cepat. Geng-geng ni memang aktif sekarang. Aku harap link yang aku bagi ni dapat tolong membuka minda kita. Memang ada yang berjaya, aku tak nafikan tapi berjaya dengan menipu dan penderitaan orang lain.

Kalau ada yang member2 approach pasal benda ni, aku harap anda akan jumpa blog ni. Link yang aku sediakan tu ada link untuk negara-negara yang company ni beroperasi. Awal-awal lagi diorang akan cakap, jangan percaya blog2 dekat internet. Kenapa?takut temberang mereka pecah.


Kalau diorang ni bawak kereta sport, bmw dan kereta mewah. Ingat je lam ati, kereta tu tak habis bayar pun lagi tu. Kalau diorang tak dapat rekrut downline memang kena tarik la kereta tu.

Kita kene ingat, kalau boleh kaya cepat, ada la benda yang tak kena. Nasihat aku, bagi yang dah kena tipu yang sampai buat loan RM 30k ++ tu sila la buat laporan polis.  Kalau yang nak berkongsi cerita dekat sini pun, sila lah. Kalau nak kata aku ni menipu korang dengan menulis post ni, boleh la rujuk link2 kt atas, berapa ramai yang dah kena. Dekat link tu dah berapa ramai yang ditipu sejak tahun 2004 lagi. Tengok komen-komen juga, komen tu sehingga tahun ini pun ada.

Kalaulah mereka ni kata boleh dapat berjuta-juta sebulan atau berpuluh-puluh ribu sebulan, Mestilah CEO DCHL, Kim Huynh ni dah lama diiktiraf sebagai world richest man in the world kan? so aku tolong carikan jugak list untuk dalam dan luar negara orang-orang kaya ni. So, anda boleh nilai sendiri. Latest ni, 2011,cukup masa untuk dia kumpul aset.

Malaysia
http://blog.azhad.com/2011/02/senarai-40-orang-terkaya-malaysia-2011.html
http://yanmieonline.com/2011/02/terkini-senarai-orang-terkaya-di-malaysia-2011/

Dunia
https://www.forbes.com/wealth/billionaires/list?page=1

#update: Top 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2012
https://denaihati.com/top-20-orang-paling-kaya-di-malaysia-2012

#update: aku tengok orang-orang hebat DCHL ni masih belum tersenarai. Kalau bawak kereta mahu kalah semua billionaire yang tersenarai ni. Takkan tak nak tunjuk kemewahan kan? Tayang bukan main. Kenapa tak leh isytihar aset untuk senang tipu ramai lagi downline. Mana-mana antara pembaca yang dah kena hasut dengan diorang ni, fikir la masak-masak sebelum terjerumus. Tak kaya pun mereka ni, dok makan duit orang je. Kalau anda tak join, mereka ni sama je papa kedana. Sumber kewangan mereka ialah downline semata-mata.Melainkan diorang ada buat bisnes lain. Produk hanya nak tutup perkara sebenar je. 

boleh la cari, tak ada pun Kim Huynh ni antara billionaire dalam dunia ni, tak kan company yang ahli boleh buat income 5 angka CEO tak leh jadi Billionaire? Steven Yeam pun tak ada aku tengok. Company ni dah bertapak sejak tahun 2000 dan sekarang 2012. Dah 12 tahun pun tak leh jadi orang terkaya lagi ke?. Kt Malaysia pun tak de pun yang tersenarai jadi orang terkaya di Malaysia. Kata ada kereta besar, duit banyak, aset mesti la banyak kan. Nama pun MLM yang jana income besar, pelaburan pun nak besar je.

So, kita ni sebagai orang awam ni, gunalah akal fikiran kita ni, buatlah kajian dulu sebelum buat keputusan. Kalau nak sebarkan post ni kt kawan-kawan pun silakan. Aku buat post ni hanya satu niat aku, aku tak nak bangsa Melayu aku ni terus jadi mangsa. Terpulanglah kepada masing-masing untuk menilai.

p/s: lupa nak bagitahu, satu lagi ayat popular diorang ni, McDonald dan KFC pun MLM. So, daripada apa yang aku baca daripada salah satu komen daripada orang Australia yang bercakap mengenai benda ni, dia cakap apa yang bezakan McD dengan DCHL ni, McD sebuah syarikat MLM yang mempunyai R&D  tersendiri dan memiliki produk tu. Manakala DCHL ni tiada, dan tidak memiliki pun produk Lampe Berger tu. Lampe Berger ni bukan produk mereka. DCHL ini hanya penjual. Guna MLM plan untuk marketing diorang sebab nak cepat kaya je.

update: selepas beberapa carian dan bacaan, sekarang aku yakin bahawa DCHL ini merupakan skim piramid yang sedang bermaharaja lela.  Kenapa aku cakap macam ni sebabnya: (baca statement kat bawah ni)
The United States Federal Trade Commission states "Steer clear of multilevel marketing plans that pay commissions for recruiting new distributors. They're actually illegal pyramid schemes. Why is pyramiding dangerous? Because plans that pay commissions for recruiting new distributors inevitably collapse when no new distributors can be recruited. And when a plan collapses, most people - except perhaps those at the very top of the pyramid - end up empty-handed.

sumber: http://www.ftc.gov/bcp/edu/pubs/consumer/alerts/alt057.shtm

update* link2 baru kalau nak tahu lebih lanjut pasal MLM..


garis panduan MLM 2011 



UPDATE

Lama aku tak update maklumat disini, terima kasih buat pembaca yang berkongsi mengenai DCHL di luar negara yang kena ambush. Di Malaysia ni faham-faham je le. Selagi bayar cukai.




Ni video di Bangkok. Boleh tonton sendiri. Ni negara pemerintah kafir ni.

Ini juga link yang dikongsikan pembaca, situasi di luar negara

http://www.scmp.com/article/1006456/trapped-get-rich
http://www.strippedpixel.com/dchl-protest-hong-kong/
https://ceslam.org/index.php?pageName=newsDetail&nid=2591

so, boleh la kalau nak buat kajian sendiri. Allah anugerahkan kita 'akal' untuk berfikir, jadi gunakanlah sebaiknya untuk berfikir. TQ untuk pembaca yang sudi berkongsi.

224 Ulasan

1 – 200 daripada 224 Terbaru Paling Baru
Terbaru Lebih lama