Ekstrak Kelapa Sawit Mencegah Penyakit

Ekstrak Kelapa Sawit Mencegah Penyakit


Assalamualaikum semua..

malam ni nak berkongsi sedikit mengenai ekstrak kelapa sawit yang mampu mencegah penyakit hati dan otak. Pokok kelapa sawit ini menghasilkan sejenis vitamin E yang turut dikenali sebagai tokotrienol, dikenal pasti berupaya membantu dalam pencegahan kerosakan otak akibat kecederaan zon putih otak (Lesi Jirim Putih).

Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Pusat Sains Farmasi dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia, vitamin E juga mampu menghalang kerosakan hati akibat pengumpulan lemak. Hasil kajian ke atas sukarelawan yang terlibat, tokotrienol menunjukkan kesan yang  positif.



kelapa sawit

9 Ulasan

Terbaru Lebih lama