Masalah ketumbit - Adakah Sebab Mengintai...??

Dahulu kala nya, orang tua-tua sering berkata :
"jangan mengintai orang lain, nanti tumbuh, naik ketumbit tu kat mata."
Betul ke tidak perkara ini?

Ketumbit atau nama lainnya stye@hardeolum selalunya tumbuh dan naik di kawasan sekitar mata. Ia bercirikan kesakitan, eritema (kemerahan kulit yang disebabkan oleh dilatasi kapilari darah), dan berada setempat (tidak merebak). Hardeolum luar ialah jangkitan atau infeksi setempat yang berlaku di sekitar folikel rambut mata atau bulu mata, Manakala hardeolum dalam berlaku di kelenjar meibomin (kelenjar kecil yang terletak di bawah kelopak mata)

ketumbit

ketumbit


Selalunya ia terjadi disebabkan oleh jangkitan bakteria Staphylococcus aureus . Jika tidak dirawat, komplikasi nya, ianya akan menjadi bertambah teruk sehingga akan menyebabkan jangkitan kedua iaitu blepharitis (inflamasi pada kelopak mata). 

Jadi bagi sesiapa yang ada masalah ketumbit ini, jangan sesekali memandang ringan terhadap sakit ini. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan yang lebih lanjut. Selalunya, jika hardeolum ini dah membesar, ia akan menyebabkan nanah terkumpul dan rawatan untuk ini hanyalah membuat saliran insisi (I&D) untuk membuang nanah dan dibekalkan dengan ubat-ubatan seperti antibiotik dan tahan sakit.


rujukan: http://emedicine.medscape.com/article/798940-overview

2 Ulasan

Terbaru Lebih lama