SEO tips: Internal and External links

Internal dan External links untuk Organik SEO

Sedikit perkongsian mengenai seo atau search engine optimization. Sebelum ini aku ada kongsi mengenai pengunaan header tag. Okey,mungkin ada yang tidak mengetahui apa itu organik seo. Begini sekiranya entri atau post dalam blog kita dijumpai oleh pelawat melalui carian enjin google. Maka ini dikenali carian organik. memang sukar untuk kita mendapatkan pelawat daripada carian organik ini. Salah satu elemen dalam organik seo yang sama penting dengan kandungan blog atau website kita ialah links atau bahasa melayunya ialah pautan pada halaman kita. Links atau pautan ini boleh terdiri daripada link yang masuk(incoming), keluar(outgoing) atau dalaman(internal) dan kemana links ini membawa atau datang adalah penting  seperti mana links ini disediakan.

Kita juga sedia maklum teknik-teknik seo ini akan berubah-ubah bergantung kepada enjin carian. Sekarang ini, link atau pautan ini mestilah berkaitan dengan isi kandungan sesuatu halaman tersebut dan link itu haruslah relevan dengan kandungan itu. Maknanya,jika link kita itu tidak pergi atau membawa kepada halaman yang mempunyai kaitan dengan kata kunci yang kita gunakan maka ia akan memberi nilai yang sedikit kepada kita. 


Keseimbangan links atau pautan  dalam halaman kita juga berkaitan. Jika terlalu banyak links/pautan dalam halaman tersebut, laman/website itu akan dilabel sebagai 'links farm'. Cara terbaik penggunaan link ini ialah kita mengetahui halaman yang kita pautkan itu relevan dengan kandungan entri kita.Jangan masukkan link melainkan kita pasti bahawa ia mempunyai nilai kepada pembaca kita.



Sejenis link lagi dikenali sebagai internal link atau pautan dalaman. Ia juga penting. Links atau pautan ini ialah links navigasi yang membawa pembaca kita di dalam blog kita daripada satu entri kepada entri yang lain. Navigasi dalam blog haruslah berdasarkan gerak hati atau minat pembaca. Contohnya penggunaan related post atau entri berkaitan juga merupakan salah satu navigasi dalam blog. Kita haruslah mengunakan site map. Tetapi platform blogger atau blogspot ini, sitemap tidak disediakan dan sitemap yang bolem digunakan untuk blogger seperti atom,site feed dan sebagainya.

Sitemap juga penting untuk memudahkan entri-entri blog kita di indeks oleh crawlers dalam enjin carian. Sesetengah blog ada yang menggunakan sitemap seperti  yang dibuat oleh abu farhan ini. Blog ini dahulunya memakai sitemap macam ini tapi sekarang ini aku dah ubah sikit kepada navigasi pada tab bar yang atas tu.

Mungkin ada pengguna yang tidak bergantung kepada sitemap ini tapi adalah cantik sekirannya kita menggunakannya terutamanya bagi mereka yang sudah mempunyai ratusan post atau entri.

Satu perkara lagi yang aku ingin kongsikan mengenai sitemap untuk robot crawler ini, bagi platform blogger, memang susah sikit untuk submit sitemap jenis xml kepada google dalam webmaster tool. Blogger hanya boleh mengunakan sitemap jenis atom 1.0 atau rss feed (kalau tidak silap). 

Jadi, nantikan entri aku yang seterusnya mengenai trick dalam penggunaan sitemap ni khas buat pengguna blogspot. Diharap perkongsiaan mengenai penggunaan internal dan external links ini sedikit sebanyak dapat membantu kita.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama