Pelik tapi benar. Inilah kuasa Allah s.w.t pencipta sekalian alam. Tuhan Maha Kuasa mencipta akan sesuatu. Ini kes yang berlaku di Kentucky, Amerika Syarikat.
Brody Curtis dilahirkan seperti bayi-bayi lain juga yang harus dikendalikan dengan lemah lembut. Tetapi apa yang membezakan Brody dengan yang lain-lain ialah dia harus disentuh dengan sangat lembut kerana sedikit sentuhan boleh menyebabkan kulitnya melepuh dan tertanggal.
Brody dilahirkan hampir tidak mempunyai kulit dan doktor menyifatkan bayi ini menghidap sindrom Bart. Sindrom Bart ini merupakan suatu keadaan genetik yang hanya berlaku kepada seorang daripada sejuta kanak-kanak. Keadaan paling teruk penyakit kulit ini dipanggil epidermolysis bullosa (EB).
Tiada ubat atau rawatan efektif untuk penyakit ini melainkan dengan membalut kawasan yang tidak terdapat kulit itu dengan bandage bagi mengelakkan jangkitan. Bahagian tangan,kaki dan kepala Brody dibalut kerana tidak terdapat kulit pada bahagian itu (gambar).
Menurut Dr Jouni Utto, Ketua Jabatan Dermatologi di Thomas Jefferson University in Philadelphia, dalam keadaan paling teruk, bayi boleh meninggal dalam masa beberapa hari atau seminggu selepas dilahirkan. Akibat kulitnya yang tidak berfungsi.
Brody turut mengalami lepuh atau melecur pada bahagian dalam mulut dan lidahnya.Semoga penyakit sebegini dijauhkan daripada keluarga dan masyarakat kita.
sumber:
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2009068/Baby-Brody-Curtis-born-SKIN.html
Catat Ulasan