Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Bekukan Pengambilan Kerja

Dalam kegawatan ekonomi sekarang ni yang merunsingkan, tiba-tiba ada satu lagi berita yang memberatkan hati. PEMANSUHAN KERJA. Mungkin bagi sesiapa yang baru nak minta kerja kosong di bawah kerajaan, berita ini mungkin akan melemahkan semangat mereka. Jabatan Perkhidmatan Awam JPA, telah mengumumkan pemansuhan semua jawatan kosong berkuat kuasa 1 Jun ini. Berikutan keputusan tersebut semua urusan pengambilan dibekukan bermula 20 Mei hingga 31 Ogos.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Mei lalu.
Menurut beliau, pembekuan merangkumi semua kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri. Bagaimanapun, kata beliau, jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh pihak berkuasa melantik adalah dikecualikan.
Keputusan (pemansuhan) ini adalah selaras dengan langkah kerajaan untuk merasionalisasi dan mewujudkan perkhidmatan awam yang kejat,katanya. Beliau berkata demikian dalam satu pekeliling yang dikeluarkan kepada ketua setiausaha, ketua jabatan persekutuan, setiausaha kerajaan negeri, setiausaha suruhanjaya perkhidmatan, pihak berkuasa berkanun persekutuan/negeri dan pihak berkuasa tempatan.
**Pekeliling itu diperoleh menerusi laman web JPA.
Abu Bakar menasihatkan semua agensi supaya tidak mengemukakan permohonan penstrukturan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan dalam tempoh tersebut. Katanya, jabatan itu juga akan melakukan auditan perjawatan secara komprehensif di setiap agensi kerajaan semasa pelaksanaan keputusan ini.
Sehubungan itu, semua pihak dipohon untuk memastikan pelaksanaan arahan ini dipatuhi dengan memberi kerjasama sepenuhnya kepada jabatan ini semasa pelaksanaan auditan perjawatan itu,jelasnya.

Beginilah senario yang berlaku di negara kita ini, tempoh pencen ditingkatkan, pengambilan kerja dibekukan..Jadi, apakah yang akan berlaku kepada generasi muda yang menjadi penganggur ini??tunggu dan lihat...


rujukan : berita harian

4 Ulasan

Terbaru Lebih lama