Kelab Isteri Taat @ Obedient Wives Club

Assalamualaikum dan selamat pagi..
aku ada terbaca mengenai kelab ini the star yang menimbulkan kontroversi. Kelab ini dipercayai cabang kepada kumpulan  Al-Arqam yang pernah diharamkan dahulu dan menurut senator  Datuk Dr. Mashitah Ibrahim kemungkinan kelab ini didalangi oleh suami yang berpoligami. Menurutnya lagi, kebanyakan isteri yang menyertai kelab ini terdiri daripada isteri yang berpoligami dan merupakan isteri kedua.

Beliau mengesyaki kelab ini ditadbir oleh suami kepada mereka yang menyertai kelab ini yang menyebarkan mesej yang salah kepada kaum hawa ini mengenai kepatuhan.Suami mereka ini akan mengatakan bahawa mereka memerlukan isteri seorang lagi untuk mengelakkan zina dan isterinya harus mencarikan seorang wanita untuknya atau dilabelkan sebagai durhaka (tidak patuh).

Kelab ini juga dipercayai akan mengajar pelajaran seks dan ini merupakan perkara yang tidak patut kerana aktiviti di dalam bilik tidur ini adalah hal peribadi. Jadi sesuai ke kita bincang dan ajar perkara ini secara umum? Perkara-perkara seperti ini harus di ambil perhatian oleh masyarakat kita. Islam tidak melarang poligami selagi kita menepati syarak. Kalau si suami mampu mengikuti segala syarak dan hukum yang ditetapkan untuk berpoligami dan dia mampu berlaku adil, maka dia boleh berpoligami. Tetapi tidak ramai yang mampu melakukannya.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama