Minyak Untuk Merampingkan Badan

Satu kajian mendapati, diet yang mengandungi minyak kelapa dapat merampingkan pinggang dan faedah yang lain. Kajian telah dilakukan ke atas 40 wanita dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menerima diet harian minyak soya(kumpulan s) dan satu kumpulan lagi menerima diet harian minyak kelapa (kumpulan c). Kedua-dua kumpulan ini diarahkan menuruti diet hipokalori yang seimbang dan berjalan selama 50 minit sehari. Keputusan kajian mendapati kumpulan C menunjukkan penurunan kepada ukur lilit pinggang manakala kumpulan S menunjukkan peningkatan kadar kolestrol LDL dan nisbah LDL:HDL.

Menurut Dr. Mercola, berdasarkan kajian selama 12 minggu didapati:

Kumpulan minyak kelapa menunjukkan :
  • peningkatan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik)
  • Penurunan nisbah LDL/HDL.
  • Mengurangkan ukur lilit pinggang/ obesiti abdomen.
Kumpulan minyak kacang soya pula menunjukkan:
  • peningkatan kadar kolesterol
  • peningkatan kolesterol LDL (kolesterol jahat)
  • peningkatan nisbah LDL: HDL.
  • menurunkan kolesterol HDL (kolesterol baik)
  • tiada penguranggan pada ukur lilit pinggang dan obesiti abdomen.





Apakah yang menarik tentang minyak kelapa ini?


Minyak kelapa ini berguna buat ibu mengandung, warga tua dan mereka yang prihatin mengenai kesihatan penghadaman,atlet dan mereka yang mahu meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Minyak kelapa ini kaya dengan asid laurik yang berubah kepada monolaurik (sebatian yang dijumpai dalam susu ibu yang berguna untuk menigkatkan sistem imun badan).

Rantaian sederhana asid lemak, atau trigliserida (MCT), juga memberikan beberapa manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan metabolisme badan dan melawan patogen seperti virus, bakteria dan kulat. Capric asid, merupakan asid lemak kelapa yang hadir dalam jumlah yang lebih kecil juga adalah salah satu komponen antimikrobial.

Minyak kelapa turut membantu mengurangkan berat badan (berdasarkan kajian terdahulu).


sumber: mercula.com

7 Ulasan

Terbaru Lebih lama