MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!
Selamat menyambut hari kemerdekaan negara ke-54 buat semua rakyat Malaysia. Kali ini bertemakan "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera". Jadi kita sebagai rakyat Malaysia ini haruslah rasa bersyukur dengan nikmat kemerdekaan ini. Harus berterima kasih kepada perajurit tanah air yang sanggup berkorban untuk negara ini. Janganlah kita menjadi generasi yang tidak bersyukur dengan memandang rendah kepada mereka yang telah terkorban untuk kesejahteraan negara ini.
Memang mudah untuk berkata-kata kerana kita generasi yang tidak pernah mengalami pahit getir sewaktu negara dijajah. Sebab itu jugalah kita langsung tidak sayangkan keamanan yang telah dikecapi ini, bukan setakat rakyat, namun pemimpin turut menjadi sempit pemikirannya dek kerana harta dan pangkat.
Renung-renungkanlah..Selamat Hari Merdeka...

Catat Ulasan