Cara Tingkatkan Trafik Organik di blog

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia, Lama juga aku tidak update blog ni, tidak sempat, sekadar dapat reply komen sahaja. Kali ini, ingin aku berkongsi mengenai cara tingkatkan trafik organik di blog kita. Kalau kita lihat gambar di atas, search engines ini merupakan trafik organik. Bagi yang masih baru mungkin tidak tahu mengenai trafik organik ini. Trafik organik ini ialah trafik atau pelawat yang datang melalui carian pada enjin carian seperti google,yahoo, atau bing.


trafik organik

Kenapa kalau kita lihat blogger yang sudah lama berkecimpung dalam dunia blog ini mereka amat menitik beratkan mengenai trafik organik ini. Secara peribadinya, aku berpendapat trafik organik ini sebenarnya petunjuk kehebatan blog serta penulisnya. Mereka yang pandai menggunakan teknik SEO boleh mendapatkan trafik organik yang tinggi. Hal ini kerana, website atau blog mereka akan mendominasi 10 tangga teratas carian pada enjin carian. Walau bagaimanapun, sekiranya ingin dibandingkan blog yang self-hosting dengan blog yang dihosting secara percuma, memang terdapat perbezaan dari segi trafik organik mereka,begitu juga dengan domain itu sendiri.

Kalau mahu dibincangkan kesemua teknik mungkin aku tidak mampu. Apa yang aku ingin kongsikan hanyalah teknik atau tips yang mudah untuk dibuat oleh blogger.

Yang pertama- Tajuk Entri
Kita perlu melakukan sedikit research sebelum menulis post atau entri blog kita dan lihat pada jumlah website yang berkaitan dengan tajuk tersebut.

Yang kedua- Keyword
Keyword disini bermaksud kata kunci yang digunakan pada tajuk mestilah mempunyai ulangan dan kaitan dengan isi kandungan blog kita.

Yang ketiga- "bold"
Bold atau tebalkan kata kunci yang kedua tadi. Cara ini dapat membantu crawler search engine itu mencari kandungan yang sesuai dengan kata carian yang kita masukkan dan cara ini juga menunjukkan kepentingan sesuatu perkataan atau ayat tersebut.

Yang keempat- "gambar"
Sekarang ini banyak blog yang mengandungi banyak gambar. Gambar sebenarnya antara penyumbang trafik organik ke blog kita. caranya dengan meletakkan alt = "description gambar" pada kod html gambar tersebut.

Mungkin banyak lagi cara yang boleh dilakukan, namun ini antara cara yang paling mudah untuk diamalkan. Insya-Allah dengan usaha anda akan mendapat hasilnya dan mungkin lebih hebat dari blog ini. SELAMAT MENCUBA! ^__^

5 Ulasan

Terbaru Lebih lama