Pada masa kini buah pear mudah untuk didapati di Malaysia. Walaupun ia merupakan buah yang diimport, namun hasil perkembangan ekonomi negara telah memampukan pengimportan buah dari negara luar ini untuk dijual dengan harga yang murah. Sekirannya kita lihat dipasar malam, boleh didapati buah pear dengan harga yang murah. Buah pear ini juga merupakan salah satu buah-buahan yang mempunyai banyak khasiat dan kebaikannya. Buah Pear ini hampir menyerupai buah epal. Kulit buah pear ini boleh didapati dalam pelbagai warna seperti warna kuning, hijau, coklat ataupun merah. Kadang kala warnanya bercampur-campur.
Buah pear mempunyai isi yang berair serta manis. Buah pear dari China dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Walau bagaimanapun, yang lain juga turut mempunyai nilainya yang tersendiri.
Kebaikan Buah Pear
1) Buah merupakan buah yang kaya dengan serat.
2) Disamping itu, buah pear mempunyai antioksida dan anti-karsinogen glutathion yang dapat membantu mencegah darah tinggi dan strok.
3) Kandungan vitamin C dalam buah pear ini bertindak sebagai antioksida yang baik yang dapat membantu melindungi sel dalam badan daripada radikal bebas.
4) Kandungan pectin yang tinggi dalam buah pear ini berguna untuk merendahkan tahap kolestrol dalam badan.
5) Sifat buah pear yang bertindak sebagai serat ini mampu memberi kesihatan kepada kolon kita disamping membantu dalam masalah sembelit.
6) Kita juga boleh mendapat tenaga yang cepat daripada buah pear kerana ia kaya dengan fruktosa dan glukosa.
7) Buah pear kaya dengan kalsium yang dapat membantu badan mengekalkan kalsium seterusnya mengurangkan risiko penyakit osteoporosis.
8) Sifat buah pear yang sejuk dapat membantu melegakan demam dengan segera dengan meminum segelas besar jus pear.
9) Buah pear mempunyai 30% potasium lebih tinggi daripada buah epal. Potasium ini diperlukan untuk mengekalkan dengupan jantung, metabolisma protein dan karbohidrat, regangan otot dan transmisi saraf.
sumber: http://www.juicing-for-health.com
http://www.usapears.com

Catat Ulasan