Rahsia dan Khasiat Al-Quran

Al-Quran merupakan kitab pegangan umat Islam. Al-quran dan Hadis merupakan dua sumber terbaik untuk dijadikan sebagai tempat rujukan dan panduan hidup kita. Di dalam Al- Quran itu sendiri terkandung seribu satu rahsia dan ilmu yang kadang-kadangnya sukar ditafsir oleh manusia.
Kalau kita lihat, barat sebenarnya maju kerana mereka mengkaji Al-Quran walaupun mereka tidak memeluk Islam dan tidak beramal dengan Islam. Mereka mencungkil rahsia dan ilmu termasuklah ilmu sains dan matematik dari Al-Quran yang menjadikan mereka lebih maju dari negara Islam itu sendiri.



Beberapa khasiat surah di dalam  Al-Quran yang dapat aku kongsikan di sini ialah:

1) Basmalah
Barangsiapa membacanya sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, Insya-Allah akan terpelihara daripada godaan dan gangguan syaitan, daripada bencana manusia dan jin daripada kecurian dan kebakaran dan daripada kematian secara mengejut.

2) Surah Al-Fatihah
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali antara solat sunat subuh dan fardhu subuh, insya-Allah permintaanya diperkenankan, jika sakit cepat sembuh dan insya-Allah akan dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.

3) Ayat Kursi
Sesiapa yang membacanya setiap kali sesudah solat fardhu, insya-Allah akan terpelihara daripada tipu daya dan gangguan syaitan.

4) Surah Al-Kafirun
Sesiapa yang membacanya setiap pagi dan petang, insya-Allah dia akan dijauhkan dari syirik, bidaah, buruk sangka dan kepercayaan karut.

5) Surah Al-Falaq
Barangsiapa yang membacanya insya-Allah akan terpelihara daripada terkena penyakit ‘ain’, sihir dan hasad dengki atau fitnah orang.

6) Surah An-Nas
Sesiapa yang membacanya akan terpelihara daripada was-was dan rasukan syaitan dan 1001 rahsia dan hikmat yang tidak dapat dihitung atau dipersembahkan dalam bentuk tulisan dan kitab.

Sebar-sebarkanlah kepada rakan-rakan kita agar menjadi pedoman kita bersama.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama