Seperti dalam filem Harry Potter, jubah halimunan
seolah-olah hanya khayalan bagi kita. Namun, saintis di Universiti of
Texas Dallas sedang mengusahakan jubah halimunan seperti ini.
Dengan menggunakan tiub nano karbon yang kelihatan seperti selembar benang dipanaskan dengan cepat sehingga objek dibawahnya hilang. Video dibawah ini menunjukkan bagaimana benang ini hilang atau tidak kelihatan selepas dipanaskan.
Jadi, bagaimana ia berlaku? Dalam penerbitan dalam Nanoteknologi pada Jun, Al Aliev menjelaskan bahawa jubah halimunan mengeksploitasi “kesan fatamorgana“. Seperti di lebuh raya pada cuaca yang panas terik, kita akan dapat seolah-olah terdapat lopak air pada permukaan jalan raya tersebut. Hal ini terjadi apabila permukaan jalan tersebut terlampau panas dan membengkokkan cahaya pada sekelilingnya. Oleh itu, pemandu akan melihat pantulan dari langit. Begitu juga dengan tiub nano karbon ini, yang menghasilkan kesan yang sama.
Sekarang ini, sudah ramai saintis yang sedang mengusahakan teknologi ini.

Catat Ulasan