Hari ini kalau kita lihat makin banyak blog-blog berbahasa melayu
mahupun laman berbahasa yang mempunyai kedudukan atau PR yang tinggi.
Menjadi tanggungjawab kita sebagai bangsa melayu memartabatkan bahasa
ibunda kita. Aku sedih melihat sekiranya orang melayu ditemu ramah dalam
berita atau rancangan dalam televisyen, sukar bagi mereka untuk
bertutur dalam bahasa ibunda mereka sendiri. Sebaliknya pula berlaku
kepada kaum Cina atau India yang fasih bertutur dalam bahasa melayu
sewaktu ditemu ramah atau ditanyakan soalan. Jadi, persoalannya adakah
kita sudah hilang identiti sendiri?
Justeru, apa salahnya ketika menulis blog atau sebarang artikel dalam dunia maya ini kita mengunakan bahasa melayu yang betul. Memang tidak dinafikan aku sendiri turut menggunakan bahasa rojak ketika menulis sekiranya istilah itu sukar untuk diterjemahkan dalam bahasa melayu. Begitu juga pada bahagian komen, bahagian ini tidak dapat dielakkan kerana, ia melibatkan pertuturan.
Jadi, bagi membantu rakan-rakan yang mempunyai keinginan memperbaiki penulisan dan penggunaan bahasa melayu itu sendiri aku mencadangkan rakan-rakan menggunakan kamus atas talian oleh dewan bahasa dan pustaka ini sebagai rujukan.
Setidak-tidaknya laman carian ini mampu membantu kita mengetahui istilah atau perkataan dalam bahasa melayu yang kita tidak ketahui. Untuk pengetahuan, bahasa melayu merupakan bahasa kelima dunia. Ini menunjukkan bahasa melayu ini mempunyai nilainya yang tersendiri. Jikalau Jepun dan Jerman boleh maju dengan bahasa mereka, mengapa tidak kita?

Catat Ulasan