Sebelum aku mulakan kata-kata. Tajuk ini hanyalah hiperbola bahasa
sahaja. Kalau semua ada unsur babi, memang tiada la masalah obesiti di
Malaysia ni. Aku tertarik dengan isu yang dikemukakan di blog PPIM
ni mengenai ada mesej yang membawa unsur perkauman dan sebagainya.
Bukan itu yang aku mahu ulaskan. Tetapi aku tertarik dengan komen
pembacanya yang menyatakan syarikat Gardenia berhenti membeli tepung
dari Kilang FFM yang mengandungi protin babi (kesahihan perkara ini
tidak diketahui).Jika kita imbas beberapa ketika dahulu banyak isu
mengenai wujudnya unsur babi ini dalam makanan kita. Contohnya, kopi yang mempunyai unsur babi, ubat yang mengandungi unsur babi, mentega yang mengandungi unsur babi dan banyak lagi.
Jadi harapan kita ialah JAKIM mengenakan tindakan tegas kepada yang bersalah dan aku berpendapat perlunya pemeriksaan berkala yang lebih kerap perlu dilakukan kepada syarikat-syarikat pengeluar makanan yang memegang sijil halal ini. Mungkin masa ini ia memerlukan pembaharuan sijil setahun sekali (aku tidak tahu keadaan sebenar). Mungkin perlunya pemeriksaan yang lebih kerap. Sekiranya pihak JAKIM kekurangan tenaga kerja, adalah terbaik dengan menambah tenaga kerja untuk memastikan perkara-perkara sebegini tidak berlaku.
Majoriti penduduk Malaysia adalah Islam dan Melayu. Jadi kalau kita berbalik kepada agama, Islam memang menekankan kepada pemakanan kita. Kenapa? kerana dari pemakananlah akan membentuk keperibadian umat itu, kesihatan dan sebagainya. Jadi mengapa adanya unsur babi dalam pemakanan umat Islam sekarang ini? Alasan umunya kerana unsur-unsur babi ini murah, tetapi sekiranya kita lihat dari aspek agama, ia merupakan satu agenda melemahkan umat Islam itu sendiri yang nyata sudah pun lemah.
Berdasarkan pemerhatian aku, masyarakat Melayu Islam kita cukup sensitif mengenai perkara sebegini dan akan marah dan akan keluar kata-kata kesat dan keras. Tetapi cuba kita berpandangan sedikit kehadapan, mengapa perkara sebegini boleh berlaku? Sebabnya cukup mudah kerana industri perniagaan makanana ini majoritinya adalah orang bukan Islam dan bukan Melayu. Bukan aku mah timbulkan provokasi disini. Cuba kita buka minda kita, sekiranya kita mampu mendominasi perniagaan, industri pengeluaran makanan dan ekonomi negara ini kita pegang. Sudah semestinya, kita boleh mencegah perkara ini. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Malang sekali, orang Melayu kita tidak pandang akan perkara ini. Yang nampak hanyalah politik semata-mata. Anak-anak muda sibuk dengan politik. Mahasiswa sibuk dengan politik. Pelajaran entah kemana. Bagi yang malas belajar pula jadi pencuri,peragut,mat rempit dan sampah masyarakat. Jadi sekiranya generasi muda kita sedar akan perkara ini dengan menjadi pakar ekonomi, usahawan berjaya, ahli perniagaan yang berjaya. Insya-Allah perkara berkaitan wujudnya unsur haram dalam permakanan kita dapat dielakkan.
Itulah sebenarnya pandangan pemimpin kita, mahukan kemajuan supaya kita tidak bergantung kepada orang kafir. Boleh berdiri dengan ekonomi sendiri. Mahukan ramai cerdik pandai supaya tidak mudah orang perbodohkan kita. Besar harapan aku, orang Melayu kita lebih jauh pandangannya. Lihatlah zaman dahulu, Islam menjadi satu kuasa besar dunia, kerana ramainya cerdik pandai. Sekarang ini kita ramai juga cerdik pandai, tetapi banyak yang disalah guna dan tersasar dari landasannya.

Catat Ulasan