Super Fruits

Super fruits adalah istilah inggeris  yang digunakan bagi menunjukkan keistimewaan buah-buahan yang mempunyai pelbagai khasiat dan vitamin. Mungkin sekiranya diistilahkan dalam bahasa Malaysia sebagai buah-buahan super atau buah-buahan berkhasiat. Antara buah-buahan yang sememangnya mempunyai pelbagai khasiatnya ialah :

Blackcurrent
Blackcurrent kaya dengan phytonutrients, antioksida, vitamin, asid  lemak dan mineral. Ia kaya dengan serat yang tinggi, vitamin C, B2, E, K, Kalsium, Zat Besi dan Selenium. Blackcurrent ini juga boleh membantu menghalang arthritis, penyakit jantung, kanser, alzheimer, fungsi penglihatan dan diabetes.





Blackberry
Blackberry juga kaya dengan serat dan kandungan selenium, dan kaya dengan antioksida. Antioksida ini sesuai untuk melambatkan penuaan kulit. Ia juga mempunyai polyphenols dan anthocyanins yang boleh membantu mencegah kanser dan sakit jantung. Blackberry ini senang untuk hidup dimana-mana (di Malaysia tidak diketahui)  tetapi blueberry hanya tumbuh di tanah yang berasid.



Blueberry
Blueberry mengandungi serat yang tinggi, Vitamin E & K, dan Selenium. Buah blueberry dikenali dengan ciri-ciri antioksida . Blueberry ini kaya dengan manganese yang merupakan sumber penting untuk pembentukan tulang. Blueberry ini juga dapat membantu mencegah kanser, penyakit kardiovaskular dan Alzheimer.




Cranberry
Cranberry juga merupakan salah satu buah yang kaya dengan Vitamin K dan selenium. Mempunyai ciri-ciri antibiotik yang membantu dalam menyembuhkan infeksi pada sistem urin. Cranberry ini juga ciri-ciri antivirus yang berguna untuk kolestrol dan mencegah batu karang dan kanser. Cranberry ini boleh juga dijadikan seperti jem atau jus. ( makan secara mentah tidak digalakkan kerana masam dan pahit)



Delima
Delima juga merupakan buah-buahan yang kaya dengan Vitamin K dan Selenium. Terkenal kandungan antioksida yang tinggi dan kemampuannya yang dapat membantu dalam kesihatan jantung, penglihatan, otak dan juga penuaan. Ia juga merupakan buah yang mempunyai potensi mencegah penyakit Alzheimer dan Diabetes.



Raspberry
Raspberry juga kaya dengan serat, Vitamin B2 & K, Kalsium, Zat Besi dan Selenium. Raspberry ini juga mempunyai antioksida yang dapat mengurangkan penuaan, antibiotik, membantu sistem penglihatan dan juga fungsi otak.




Lemon
Buah lemon juga kaya dengan khasiatnya. Terkenal kerana kaya dengan Vitamin C dan mampu membantu sistem pencernaan, kulit, gigi, mengurangkan berat badan dan banyak lagi.



Buah-buahan tempatan juga tidak kurang hebatnya seperti pisang, tembikai dan banyak lagi yang mempunyai banyak khasiatnya.

2 Ulasan

Terbaru Lebih lama