LAMAN web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam lagi. Kali ini tindakan individu tidak bertanggungjawab itu lebih dahsyat apabila menjadikan laman web FAM untuk melepaskan geram terhadap kepimpinan tertinggi badan induk bola sepak tanah air itu.
Difahamkan tindakan menggodam laman web www.fam.org.my berlaku jam 3.20 petang semalam ada kaitan dengan rasa tidak puas hati segelintir pihak membabitkan isu Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang kemungkinan bakal dikenakan hukuman atas kesalahannya mengkritik secara terbuka prestasi skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal pada 13 Mac lalu.
Tinjauan Arena Metro mendapati, penggodam yang menceroboh laman web FAM itu meletakkan tiga keping gambar sambil disertakan kata-kata tidak puas hati, antaranya “FAM do not critic' (Jangan kritik FAM) dan ‘Tolong Rombak FAM! Presiden Sila Letak Jawatan’ dan ‘Presiden Sila Letak Jawatan Kami Dah Fed-Up!’ Turut dimuat turun ke laman web itu adalah klip video dan undian yang menggesa pemimpin tertinggi badan induk itu meletakkan jawatan.
Bagaimanapun selepas laman web FAM itu berjaya dipulihkan dua jam kemudian, laman web itu sekali lagi digodam kira-kira jam 8 malam dengan sekeping gambar majlis perkahwinan individu yang tidak dikenali diletakkan sambil tertera kata-kata kesat.
sumber; hmetro.
Pendapat aku, mungkin patut kot digodam. Pelik juga dengan industri bola sepak kita ni, kalau jawatankuasa mengkritik terus kena ambil tindakan. Sampai bila pun tak akan maju bola sepak ni. Perlu ada kritikan baru kita tahu kelemahan kita. Ni kalau ditegur terus ambil tindakan tatatertib. Kalau dilihat kepada prestasi skuad negara ni, tak banyak berubah, makin teruk ada. Sekejap je naik, lepas tu, turun balik.

Catat Ulasan