Makanan Laut Termutasi di Gulf of Mexico

Perkara ini terjadi kesan daripada pencemaran minyak oleh syarikat petroleum Amerika iaitu BP oil. Kesan daripada malapetaka ini menyebabkan mutasi kepada haiwan atau makanan laut bagi kawasan Gulf of Mexico dimana udang yang ditangkap tidak mempunyai mata, ikan yang tidak mempunyai penutup pada insang, ikan yang mempunyai kecederaan, dan ketam yang tidak bermata.

Mengimbau kembali peristiwa pada 2010, dimana pelantar minyak kepunyaan BP meletup yang mengakibatkan tumpahan minyak sebanyak 4.9 juta barrel. Kemudian, pihak BP oil menggunakan sebanyak 1.9 juta gelen bahan toksid Corexit untuk menenggelamkan minyak tersebut.

Banyak pihak yang terkejut akan perkara ini terutamanya nelayan yang menjadikan sumber laut ini sebagai sumber rezeki mereka. Terkejut apabila melihat udang yang ditangkap mempunyai tumor pada mata atau yang tidak mempunyai kulit pada bahagian insangnya. Selain itu, mereka turut menjumpai ketam yang mati dalamannya (ketam ini masih hidup tetapi apabila dibuka kulitnya bahagian dalamnya berbau seperti ia telah mati seminggu).

Banyak pihak yang menjalankan kajian mengenai kesan daripada tumpahan minyak ini. pihak BP enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini. Bacaan lanjut aljazeera.

udang termutasi
udang tidak bermata.

udang termutasi
udang dengan tumor pada bahagian mata.

2 Ulasan

Terbaru Lebih lama