38 000 Mendapat Tempat di IPTA

PUTRAJAYA - Lebih 38,000 calon berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2012/2013.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa berkata, mereka dipilih daripada 52,430 calon yang layak daripada 63,467 permohonan, dan surat tawaran rasmi akan dihantar mulai Isnin ini.

"Bilangan calon yang layak menurun 1.5 peratus disebabkan beberapa faktor iaitu jenis kursus yang dipilih, mempunyai merit rendah serta tidak menduduki Malaysia University English Test," katanya pada pada sidang akhbar di sini semalam.

sumber: kosmoonline

Bagi yang mendapat tempat ni belajar la bersungguh-sungguh sebab anda diberi peluang ini. Jangan sia-siakan masa di universiti ini dengan perkara yang tidak berfaedah. Demonstrasi , politik kotor dan macam - macam lagi sebenarnya merosakkan diri dan masa depan sendiri.

Buat pengetahuan pembaca juga, PTPTN telah melupuskan RM359.3 juta pinjaman kepada graduan Kelas 1.

  • Cina - 9293
  • Melayu - 2608
  • India - 476
  • Bumiputra Sabah - 51
  • Bumiputra Sarawak - 39
  •  Lain lain - 62
Mereka yang mendapat Kelas 1 dari 2005-2009 seramai 4430 juga di beri pelepasan. Kalau kita lihat yang paling ramai dapat Kelas 1 ni bukanlah Melayu dan rata-ratanya membuat pinjaman RM250,000 untuk buat Medic, Pharmacy, Dentistry.

Jadi, renungkan dan fikirkanlah. Kita hanya bersungguh-sungguh berdemonstrasi sedangkan pelajaran terabai. Sebab tu, grad pun cukup - cukup makan. Minda kita masih lemah sebab itulah sentiasa dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu.


kementerian pengajian tinggi

Post a Comment

Terbaru Lebih lama