Tahniah Lee Chong Wei Olimpik London 2012

Harapan kita semua seluruh rakyat Malaysia untuk melihat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei membawa pulang pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik sekali lagi hampa selepas beliau tumpas kepada musuh tradisinya, Lin Dan dari China pada acara final perseorangan lelaki badminton Sukan Olimpik 2012 di Arena Wembley, London malam tadi.

Dalam perlawanan itu, Chong Wei menang set pertama 21-15 tetapi tewas 10-21 dan 19-21 pada set kedua dan ketiga dalam perlawanan yang cukup mendebarkan. Walau bagaimanapun, kita boleh lihat satu perlawanan yang sengit juga daripada Datuk Lee Chong Wei jika hendak dibandingkan dengan perlawanannya dengan Lin Dan pada Olimpik yang lalu.


lee chong wei

Post a Comment

Terbaru Lebih lama