SELANGOR tampil garang apabila menewaskan Johor Darul Takzim (Johor DT) 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Kejayaan itu turut menyaksikan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim berjaya merampas kedudukan Johor DT di tangga kedua liga selain berkongsi mata dengan pendahulu Liga Super, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan mengutip 18 mata sepanjang 10 perlawanan.
Jaringan pembukaan Selangor percubaan menarik daripada S. Kunanlan pada minit keempat. Bekas pemain Negeri Sembilan itu bijak memperdayakan penjaga gol, Zamir Selamat yang gagal mendakap kemas percubaannya daripada luar kotak penalti.
Gergasi Merah terus mempamerkan persembahan cemerlang apabila menggandakan kedudukan menerusi penyerang import, Francis Forkey Doe pada minit ke-32.
Keputusan 0-2 itu kekal sehingga tamat aksi separuh masa pertama. Pada minit ke-56, pemain Selangor, Peter Charappan dilayangkan kad merah dan memaksa Selangor bermain dengan 10 orang pemain. Gara-gara mengasari pemain Johor DT, Norshahrul Idlan Talaha.
Kehilangan Charappan tidak dapat dimanfaatkan oleh Johor DT apabila Mahalli Jasuli meledak gol ketiga buat Gergasi Merah pada minit ke-67.
Dua minit kemudian, Mohd. Amri Yahyah terus menambah derita Harimau Selatan apabila menjaringkan gol keempat buat Selangor.
Harimau Selatan mendapat gol saguhati hasil gerakan solo Norshahrul pada minit ke-75. Selangor menang 4-1.
Lain-lain vanue:
Kelantan (0) - (1) Lion XII
Felda United (1) - (0) Negeri Sembilan

![]() |
| credit to goal.com |

Catat Ulasan