Teknik Jahit Baju Kurung

Jahit baju kurung ini memerlukan teknik dan cara yang betul. Kalau tiada teknik dan cara yang betul, maka tak menjadilah baju itu. Macam mana nak belajar cara menjahit baju kurung yang betul? Sebenarnya sekarang ini mudah, ilmu dihujung jari sahaja. Apa yang penting ialah kita perlu ada usahauntuk belajar. Belajar menjahit boleh dalam beberapa cara iaitu melalui kelas menjahit atau melalui tutorial grafik atau video.

Teknik Jahit Baju Kurung
Untuk menghadiri kelas menjahit sekarang ini mungkin mahal, yurannya mungkin RM200 hingga RM 300. Kalau belajar daripada kawan-kawan pun mungkin tak semuanya dapat diajar. Jadi, penyelesaian terbaik ialah belajar sendiri dengan tutorial langkah demi langkah yang boleh didapati secara online.

Sekarang ini, menjahit baju kurung atau apa-apa fesyen baju dapat menjana pendapatan lumayan. Permintaan sentiasa ada, kalau tempahan di butik atau kedai jahit,mestilah harganya melambung tinggi. Ramai yang tidak mampu. Jadi, ramai yang memilih untuk menempah dengan tukang jahit sambilan atau sepenuh masa yang terdiri daripada surirumah. Jika teknik dan kemahiran cukup, hasilnya tetap sama dengan yang berbayar mahal sekali pun.

Alangkah baiknya jika kita sebagai surirumah ini pandai menjahit baju kurung ini sendiri. Lebih-lebih lagi jika sudah ada mesin jahit sendiri dirumah. Kalau ada surirumah yang tercari-cari cara untuk bantu kurangkan beban suami, mungkin inilah permulaan yang terbaik. Boleh cuba panduan menjahit baju kurung ini, mungkin ini ialah permulaan kejayaan kita.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama