Sebenarnya kita tidak menyedari bahawa kita selama ini makan makanan yang terubah genetik. Lebih-lebih lagi makanan yang diimport. Boleh dikatakan hampir 80% makanan yang dibungkus mengandungi GMOs ( genetically modified organisms).
Berabad lamanya saintis telah mencuba menghasikan kacukan pada benih tumbuhan dan haiwan untuk menghasilkan makanan yang diinginkan kita. Sebagai contoh, buah epal 'Gala Apple' merupakan kacukan kepada epal Golden Delicious dan benih epal Kid's Orange-red.
Namun, dengan kemajuan teknologi dalam bidang bioteknologi, saintis kini mampu mengubah suai genetik spesies berbeza. Mereka mengekstrak DNA daripada satu spesies dan mengacukkannya pada spesies yang lain.
Banyak perdebatan yang berlaku mengenai isu ini. Ada yang berpendapat makan yang terubah genetik ini mempunyai kelebihan dari segi mudah untuk ditanam. GMOs ini membolehkan tumbuhan itu diubah suai untuk boleh tumbuh pada persekitaran yang sukar. Ini membolehkan penghasilan makanan yang banyak dan memberi impak kapada harga makanan iaitu harga makanan akan lebih murah. GMOs juga boleh diubah supaya mempunyai nilai nutrisi yang tinggi. Banyak kajian yang telah dijalankan ke atas haiwan untuk mengetahui kesan GMOs dan hasilnya ia selamat.
Walau bagaimanapun, menjadi persoalan dan kebimbangan kepada masyarakat kerana tiada kajian jangka masa panjang kesan GMOs ini terhadap manusia. Penyelidik khuatir akan kesannya kepada kesihatan seperti alergi, kerintangan kepada antibiotik, gangguan endokrin, gangguan sistem reproduktif dan mempercepatkan penuaan.
Sesetengah orang menganggap mengubah genetik makanan ini melanggar fitrah kejadian alam. Bagi negara seperti Australia, Jepun dan Perancis, makanan yang diubah genetik ini akan dilabelkan.
Makanan yang perlu diberi perhatian:
Kebanyakan makanan daripada sumber ini adalah 80% daripada benih GMOs (terutamanya makanan import):
1) Canola
2) Jagung
3) Betik
4) Soya
5) Sugar Beets
Bagi majlis fatwa di Malaysia pula, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia serta meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian bahawa makanan terubahsuai secara genetik melibatkan pemindahan gen-gen yang halal dan juga tidak halal, dari haiwan dan juga tanaman bagi memberikan ciri-ciri yang dikehendaki sebagai makanan atau ubat-ubatan.
Dalam hal ini Muzakarah berpandangan bahawa Islam menghendaki umatnya supaya memilih makanan yang baik (toyyib) iaitu halal,suci dan tidak memberi mudharat kepada jiwa dan akal manusia dan proses penghasilannya juga tidak memberi mudharat kepada manusia dan alam sekitar.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam penghasilan Makanan Terubahsuai Genetik (GM Food), penggunaan bahan-bahan yang diharamkan dan memudaratkan manusia serta alam sekitar adalah dilarang. Manakala penggunaan haiwan ternakan yang halal dibolehkan sekiranya haiwan tersebut disembelih mengikut kaedah syarak.

Catat Ulasan