Keputusan Calon yang Berjaya ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2013/2014

Keputusan ini akan diumumkan pada hari esok ( 25 April 2013) oleh Bahagian Matrikulasi KPM. Calon SPM 2012 yang memohon sebelum tarikh tutup iaitu 10 Oktober 2012 boleh menyemak keputusan ini di laman sesawang berikut:

http://www.moe.gov.my/


Bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014, calon dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej :

1) Surat Tawaran

2) Panduan Pendaftaran

3) Dokumen Peribadi Pelajar

4) Borang Perjanjian Pelajar ( 2 Salinan)


Tarikh pendaftran:

Kolej Matrikulasi Labuan - 19 Mei 2013
Kolej Matrikulasi Sarawak-26 Mei 2013
Kolej Matrikulasi seluruh semenanjung Malaysia - 27 Mei 2013


Bagi calon yang tak berjaya, rayuan boleh dibuat mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013 melalui laman sesawang http://www.moe.gov.my/. Rayuan selepas 9 Mei 2013 tidak akan dipertimbangkan.

Talian bantuan Matrikulasi 03-8884 4036/4040/4100/4083 ( 8.30 pagi - 4.30 petang).



p/s: Nasihat aku,  bagi dokumen-dokumen yang penting tu, sila buat salinan siap-siap.Nanti tak perlu terkejar-kejar mencari kedai fotostat semasa mendaftar kelak.

2 Ulasan

Terbaru Lebih lama