Kontes Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blog

Kali ni aku nak join Kontes Panduan Blogger anjuran  bro HasrulHassan. Agak lama juga aku  tak join mana-mana giveaway atau kontes. Yang latest aku join GA anjuran bro Hairul Azni. Aku buat review alexa je. Tak berapa pandai jugak buat review, cuba-cuba je. Okey sebelum kontes ni tutup iaitu 30 April 2013 ni, jadi aku ambil kesempatan join kontes ini walaupun aku tahu peserta lain hebat-hebat juga.

Ok, sebelum aku merepek tak tentu hala, aku terus merujuk 3 Soalan Kontes Panduan Blogger ni :

1) Apakah yang dimaksudkan dengan Google Pagerank (PR)? berikan pendapat anda mengapa ia penting untuk blog anda.

Jawapan: Pada pandangan dan pengalaman aku yang cetek ni, pagerank ini merujuk kepada kehebatan blog itu dalam google sebagai enjin carian. Selalunya blog yang mempunyai pagerank yang tinggi akan diberi keutamaan dalam enjin carian. Dengan kata lain pagerank ini merujuk kepada kualiti blog itu. Sebab itu pagerank itu akan ada naik turunnya. Seperti yang kita sedia maklum, Google sendiri sentiasa mengemaskini "update" algorithm untuk menentukan pagerank sesuatu blog. banyak faktor yang mempengaruhi pagerank ini yang setiap tahun akan berubah-ubah.

Apabila blog itu menjadi keutamaan atau termasuk dalam muka hadapan enjin carian, secara automatiknya trafik blog itu akan meningkat dan menarik minat pengiklan untuk mengiklan iklan mereka di blog kita. Dari situlah terjananya duit atau wang kepada blog-blog tersebut. Sebab itu otai-otai blogger akan menyatakan kalau mula blogging dengan niat duit semata-mata sukar untuk seseorang itu berjaya dalam dunia blogging ini. Mereka perlu melalui perit jerih dalam dunia blogging ini sebelum menuai hasilnya.

Backlink juga turut menjadi faktor untuk pagerank. Backlink berimpak besar ialah backlink dengan domain .gov, .edu, dan daripada blog berpagerank tinggi.


2) SEO atau Search Engine Optimization ialah satu cara untuk blog menerima trafik organik. Berikan satu (1) tip asas yang anda tahu untuk sesebuah entri tepati cirian SEO ini.

Jawapan: Ok, untuk SEO pulak. SEO sememangnya merupakan salah satu cara untuk mendapat trafik organik. Trafik Organik ni merupakan trafik yang datang daripada orang ramai yang menggunkan enjin carian terutamnya google untuk mencari bahan yang diperlukan mereka. Ok, di sini blogger perlu faham bahawa sekarang ini kita berurusan atau "deal" dengan manusia dan bukannya lagi dengan robot seperti untuk pagerank tadi. Jadi, perkara yang perlu dititik beratkan dalam SEO ialah Tajuk, tajuk mestilah hampir sama dengan apa yang dicari. Cuba bayangkan kita sebagai pengguna. Google akan pamerkan blog atau website yang mempunyai tajuk yang paling hampir dengan perkataan atau ayat yang dicari oleh pengguna.

Selain itu, dalam artikel atau entri itu sendiri perlulah ada perkataan-perkataan yang sama dengan tajuk dan di bold kan untuk menunjukkan penekanan pada perkataan itu. Selepas itu, jika beberapa blog atau website mempunyai tajuk paling hampir, maka di sinilah pagerank blog akan memainkan peranan. Pagerank ini akan menentukan kedudukan blog itu sama ada no 2,no3 atau no 5.

Tip: Perlu optimizekan h1 tag,h2 tag, h3 tag,h4 tag dalam blog kita. Biasanya agak sukar bagi pengguna platform blogger untuk tetapi tidak mustahil kerana ada caranya seperti yang aku kongsikan dalam tips seo ini.

P/S: Sekarang ini ada juga template yang sudah dibuat H tag optimization untuk pengguna blogger cuma perlu pandai cari.

Salah satu tip lagi untuk SEO pada pandangan aku ialah " Content is The King" mesti ramai yang dah pernah dengar istilah ni. Isi yang betul dan tepat dengan tajuk entri tersebut merupakan satu etika seorang blogger tersebut yang bukan sahaja bermain dengan SEO.


3) Adakah anda fikir penampilan blog penting untuk menarik pengunjung menjadi pembaca setia? Berikan pendapat anda penampilan bagaimana yang sesuai untuk tujuan yang dikatakan?

Jawapan: Ya dan Tidak. Sebabnya kita sekali lagi berurusan dengan manusia. Manusia ini banyak ragamnya. Ada yang suka blog yang penampilannya agak serabut dan dan isi yang mudah atau simple. Ada pula yang suka blog yang kemas dengan isi kandungannya yang mantap dan padat. Ada yang suka blog berbunga dan berlagu dan ada yang suka blog tanpa hiasan bintang terbang dengan haiwan peliharaan ikan disidebar dan macam-macam lagi. Tetapi Fitrahnya, semua orang sukakan kecantikan dan kekemasan.

Maka, aku berpandangan, eloklah jika sebuah blog itu kemas dan mempunyai ciri navigasi blog yang mudah dan simple. Yang UTAMA disini, blogger perlu fahami pembacanya.

Ok, aku rasa cukuplah setakat tu, tulis panjang-panjang kang penat lak nak membacanya. Tip-tip yang aku bagi tu pernah aku amalkan dulu. Sekarang ni ada yang aku tak amalkan, sebab aku tengah buat kajian dalam satu benda ni, kalau sahih akan aku kongsikan kelak dan campur malas..hahaha




KONTES PANDUAN BLOGGER | Tajaan — OhMedia Network, Eqbalzack.com, RahsiaDuitFree, Aynoranur.com, Queachmad.com, KhairilMazri.com, MKHakimi.com, Dkna.my, Blogfyna.com, JeritPekik.my, Hokangtao.com | Anjuran dan Disediakan — PANDUAN BLOGGER BLOGSPOT MALAYSIA

8 Ulasan

Terbaru Lebih lama