Korea Selatan Bersedia Menghadapi Serangan

Kita tinggalkan sebentar suasana politik negara dan melihat perkembangan luar negara. Nampaknya, ketegangan kian meningkat antara Korea Utara dan Korea Selatan serta Amerika Syarikat.
Terbaru, Korea Utara menyekat kemasukan pekerja daripada Korea Selatan ke Zon Industri yang dibangunkan bersama-sama. Walau bagaimanapun, Korea Utara membenarkan 861 pekerja Korea Selatan untuk pulang meninggalkan zon tersebut.

Ketegangan ini berpunca daripada tindakan Korea Selatan yang menjalankan latihan ketenteraan bersama-sama tentera Amerika Syarikat. Seperti yang kita sedia maklum Korea Utara adalah negara yang anti-Amerika. PBB juga mengadakan sekatan barang mewah ke Korea Utara ekoran Korea Utara melakukan ujian senjata nuklearnya.



Diharap tiada peperangan yang berlaku. Kalau kita lihat, rata-rata di luar negara mahupun dalam negara kita sendiri, berlaku pelbagai krisis dan ketegangan. Mungkin dunia ini semakin hampir pada penamatnya.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama