Mata Bionik Pertama Dunia

FDA telah meluluskan secara rasminya mata bionik pertama dunia. Mata bionik ini diusahakan oleh syarikat Second Sight Medical Products. Diberi nama Argus II, mata bionik ini memintas rod atau kon yang rosak dalam retina. Mata bionik ini berfungsi dengan kamera miniatur yang terletak didalam sepasang kaca yang menangkap pemandangan, video itu diproses dan dipancarkan kepada antena di dalam implan Argus. Implan ini akan merangsang 60 elektrod untuk menghantar maklumat kepada otak melalui saraf optik.



Argus II ini telah pun mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa Eropah dan US Food and Drug Administration telah memberi kelulusan secara rasmi pada bulan Februari yang lepas. Seramai 30 orang yang buta penglihatan berumur lingkungan 28 hingga 77 tahun telah mengambil bahagian untuk mencuba Argus II. Keputusannya berbeza-beza antara pesakit tersebut, ada yang mendapat kesan yang sedikit dan ada pula yang mampu membaca surat khabar serta melihat warna.





Argus II ini juga turut mendapat kelulusan National Eye Institute. Teknologi ini ketika ini terdapat di Eropah dengan harga 73 000 euro ($ 99 120) dan kemungkinan harganya akan meningkat setibanya di Amerika Syarikat.

6 Ulasan

Terbaru Lebih lama