Quantcast Rank

Kalau di Malaysia ni kebanyakan kita lebih banyak tertumpu kepada Alexa, Google analytic dan sesetengah yang mampu menggunakan Compete rank. Kali ni aku ingin memperkenalkan Quancast Rank. Sedikit pengenalan tentang Quancast ni, Quancast ni merupakan sebuah syarikat pengiklanan yang mula ditubuhkan pada tahun 2006. Mempunyai kepakaran dalam pengiraan audien dan pengiklanan.



Quantcast ini mempunyai ciri hampir sama seperti Google Analytic yang mampu membuat analisis pembaca atau pelawat bagi sesebuah laman sesawang atau blog. Yang menariknya, ianya PERCUMA. Tidak seperti Compete yang mengenakan bayaran begitu juga dengan Alexa yang turut mempunyai plan berbayar. Quancast menyediakan perkhidmatan ini secara percuma.

Banyak juga laman web yang menggunakan Quantcast ini, antaranya ABC, MTV, NBC, LinkedIn, CNNMoney, Huffington Post, Time Inc., People, WordPress, Tumblr, Gawker, Monster, Perezhilton.com, Evite, dan The Daily Beast.




Bagi sesiapa yang ingin gunakan Quantcast rank ini bolehlah buka akaun di Quantcast, masukkan maklumat mengenai blog atau laman web anda dan masukkan tracking code yang diberikan dalam blog atau laman web anda dan tunggu untuk pengesahan.


16 Ulasan

Terbaru Lebih lama