Saintis Korea Selatan Mencipta Bateri yang Fleksibel Pertama Dunia

Kalau diikuti perkembangan syarikat gergasi telefon pintar iaitu Samsung, mungkin ada diantara kita yang telah menonton perlancaran prototaip telefon pintar yang fleksibel yang akan dikeluarkan oleh Samsung. Kemungkinan besar mereka menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh saintis Korea Selatan ini. Bateri lithium-ion ini bukan hanya fleksibel malahan kurang berpotensi untuk panas atau mudah terbakar seperti bateri biasa yang lain.

Bateri fleksibel ini telah dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik di Ulsan National Institute of Science and Technology di Korea Selatan. Diketuai oleh Professor Lee Sang-young, kumpulan penyelidik tersebut telah menghasilkan elektolit polimer seperti cecair menggunakan bahan nano yang boleh digunakan pada mana-mana permukaan. Elektrolit ini didedahkan kepada sinaran ultraungu selama 30 saat dan menghasilkan bateri yang boleh diubah ke dalam pelbagai bentuk.


Credit:telegraph.co.uk


Bateri ini  juga menunjukkan kestabilan yang lebih tinggi berbanding bateri biasa yang menggunakan elektolit berbentuk cecair. Bateri lithium-ion biasa mempunyai masalah keselamatan dimana elektrolitnya akan cair apabila dikenakan haba dan menyebabkan cas positif dan negatif bersentuh.

2 Ulasan

Terbaru Lebih lama