Apa itu Coronavirus?

Fakta Mengenai Coronavirus

Novel Coronavirus (NCoV) datang dari keluarga virus demam biasa dan Sars ( Severe acute Respiratory Syndrome). Walau bagaimanapun, WHO mengatakan bahawa Sars berbeza dengan NCoV.

Coronavirus ini menyebabkan jangkitan pada sistem pernafasan manusia dan binatang. NCoV ini boleh menyebabkan penyakit pneumonia dan kegagalan buah pinggang.

Masih tidak diketahui secara tepat bagaimana manusia dijangkiti virus ini. Namun, ia boleh merebak dalam bentuk titisan iaitu apabila seseorang(pesakit) itu batuk atau bersin.




Sebanyak 34 kes telah disahkan di seluruh dunia dengan 18 kematian. Kes telah dikenalpasti di Arab Saudi dan telah merebak di Jordan, Jerman, UK dan Perancis.


Jadi, kepada yang mahu melancong tu, sila la berhati-hati, terutamanya di Timur Tengah. Ramai rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di sana. Pastikan sentiasa peka dengan berita dan perkembangan semasa mengenai Coronavirus terutamanya daripada pihak berkuasa tempatan.

12 Ulasan

Terbaru Lebih lama