Blogger Malaysia

Meriah sekarang aku tengok dunia blogging di Malaysia sekarang ni. Kalau dulu, orang memang tak layan la blog ni. Lebih banyak blog ni macam diari. Sekarang pun mungkin ada tapi lain caranya.

Satu perubahan yang positif apabila makin ramai penulis dari Malaysia ni. Kepada yang menulis dan kurangkan menfitnah. Perkara ini lebih kepada etika kita sebagai penulis. Sebab itu sekarang Google pun lebih mementingkan kredibiliti penulis seperti yang aku tulis dalam Google Author Rank.

Mula-mula aku kenal blog yang femes, blog Denaihati dengan blog Kujie.  Sekarang dah berlambak dah blog femes.

Aku harap aktiviti blogging ni terus maju, boleh lawan Indonesia. Kalau perasan, kalau guna google search tu, banyak blog-blog dari Indonesia yang akan muncul (untuk sesetengah keyword). So, mungkin lepas ni blog dari Malaysia pula yang rata-rata di page depan.



Kalau nak guna Google Adsense pun senang kan?ada pilihan untuk Malaysia. Tapi ada je caranya. Ok, selamat berblogging semua!


11 Ulasan

Terbaru Lebih lama