Kamera Digital dengan Pandangan Mata Serangga

Penyelidik telah mencipta kamera digital yang menyerupai mata serangga yang melengkung . Mata serangga mempunyai penglihatan pada sudut yang luas dan sangat sensitif kepada pergerakan. Kamera ini boleh digunakan pada kawasan yang penting kepada sudut dan luas.

Mata serangga terdiri daripada ribuan malahan jutaan struktur sensitif cahaya yang dipanggil ommatidia. Setiap satunya mempunyai lensa dan kon yang menyalurkan cahaya kepada organ fotosensitif.

Credit: www.nature.com


Alat ini terdiri daripada satu lapisan mikrolensa yang disusun dan disambung untuk menyerupai saluran cahaya seperti ommatidia, melitupi bahagian atas lapisan pengesanfoto silika yang fleksibel. Lensa ini berdiameter kira-kira 1 sentimeter .

Prototaip pada masa ini hanya menghasilkan imej berwarna hitam dan putih sahaja tetapi versi warna boleh dihasilkan dengan model yang sama.

Saintis yang menghasilkan kamera ini menyatakan bahawa kamera ini mempunyai resolusi yang rendah kerana hanya mengandungi 180 ommatidia tiruan . Jumlah yang sama pada mata semut api iaitu serangga yang mempunyai penglihatan kurang baik.


Dengan rekaan asas ini, mereka akan meningkatkan resolusi kamera ini dengan menambahkan lagi bilangan ommatidia seperti pepatung yang mempunyai 20 000 ommatidia.

Beberapa penambahbaikan pada kamera ini akan menghasilkan sebuah kamera yang mempunyai pelbagai kegunaan kelak.


rujukan: www.nature.com

2 Ulasan

Terbaru Lebih lama