Khasiat,Kelebihan Kayu Manis : Mencegah Penyakit Alzheimer

Dalam masakan Melayu, kayu manis ini sudah tidak asing lagi. Tanpa kita sedari, disebalik keharumannya dalam masakan kayu manis ini mempunyai banyak khasiatnya. Berdasarkan kajian terbaru mengenai khasiat kayu manis ini, penyelidik mendapati sebatian dalam kayu manis ini dapat mencegah penyakit Alzheimer.



Penyelidik dari the University of California, Santa Barbara mendapati sebatian dalam kayu manis iaitu cinnamaldehyde dan epicatechin dapat membantu menghentikan "kekusutan" tau protein.

Tau Protein
Tau protein ini pada kebiasaannya akan membentuk gumpalan dan kusut seiring dengan peningkatan usia. Walau bagaimanapun, pesakit Alzheimer ini didapati mempunyai gumpalan yang lebih berbanding mereka yang tidak mempunyai penyakit ini. Cinnamaldehyde ini bertindak seperti topi yang melindungi tau protein dari pengoksidaan.

Kayu manis ini juga diketahui dapat merendahkan kadar gula dalam darah dalam kalangan penghidap Diabetes Jenis II.

Banyak sebenarnya khasiat kayu manis ini, hanya kita yang tidak tahu. Tidak hairan la kalau orang tua dulu kuat-kuat dan sihat.

rujukan: the Journal of Alzheimer's Disease.

8 Ulasan

Terbaru Lebih lama