Baru-baru ini Polis Dubai mempamerkan penambahan kereta sport dalam
pasukan polis mereka. Kereta-kereta mewah ini terdiri daripada Aston Martin, Bentley dan Mercedes telah pun dimiliki mereka. Terbaru, mereka menambah kereta jenis Ferrari FF dan Lamborghini . Bugatti
bakal menyusul selepas ini. Bakal pemandu kereta ini ialah polis lelaki
mahupun wanita yang telah dilatih oleh pelatih profesional.
Kalau diikutkan pengalaman aku sendiri, di Dubai semamangnya lebih sibuk berbanding di Abu Dhabi. Kereta Chevrolet Camaro tu adalah kereta biasa bagi mereka. Rata-rata penduduk di sana menggunakan kenderaan pacuan empat roda seperti Land Rover dan Hummer. Teksi pula terdiri daripada Toyota Camry.
Pada pandangan kasar aku, tidak banyak pun jenayah jalan raya di sana. Mungkin kalau ada pun mungkin mereka yang guna kereta sport macam ni, jadi polis pun kena la guna kereta sport. Ketua Polis Dubai ni cakap, dengan adanya kereta seperti ini dapat menjaga reputasi Dubai dan UAE.
Kalau di Dubai, memang dapat dilihat banyak syarikat menjual kereta mewah ni. Chevrolet, Land Rover, BMW, dan banyak lagi.
Kalau di Abu Dhabi, amatlah sukar untuk menjumpai kereta BMW 3 series. Rata-ratanya 7 series. Orang Arab ni memang suka kereta mewah macam orang Malaysia. Ok, ini semua harta dunia..hehe. Sesiapa yang nak cuba kereta mewah boleh jadi polis di sana.. :)

Catat Ulasan