Rahsia Kekal Muda

Proses penuaan adalah fitrah kepada semua hidupan dimuka bumi ini. Tidak kira manusia,binatang atau pokok, semuanya akan mengalami proses penuaan dan mati. Walau bagaimanapun, bagi manusia, keinginan untuk kekal muda dan cantik adalah impian dan hasrat. Jadi, aku kongsikan rahsia kekal muda kepada para pembaca blog ini. Ok, yang pertama sekali ini bukan iklan produk kecantikan ke apa.Untuk kekal muda dan sihat, ubatnya telah pun berada pada diri kita sendiri.Hanya kita yang tak tahu atau tak menyedarinya.

Berdasarkan kajian pemetaan kepada laluan otak yang bertanggungjawab kepada penuaan, mereka mendapati pemikiran yang positif dan optimistik memberi kesan kepada kawalan emosi yang lebih stabil dan daya tahan kepada penuaan. Bahagian otak yang dipanggil the rostral anterior cingulate cortex ini mempunyai kaitan dengan kebolehan untuk mengekalkan kawalan emosi dan mengurangkan kesan penuaan akibat stres dan sifat negatif.



Jadi, untuk terus kekal muda bukan sesuatu yang susah. Cuba amalkan sikap yang positif dan kurangkan sifat negatif. Sememangnya pada masa kini, kehidupan sekeliling kita dikelilingi dengan perkara negatif, stres, sifat amarah, dan banyak lagi.

Perkara-perkara negatif seperti ini akan memberi kesan kepada kesihatan dan penuaan awal. Cuba kita perhatikan kehidupan seorang yang selalu ceria dan positif dalam kehidupannya dengan kehidupan seorang yang sentiasa stres dan penuh dengan sifat negatif. Yang mana satu mempunyai karakter yang bertenaga dan kelihatan lebih muda daripada umurnya?

Cuba kita lihat kepada penceramah atau motivator yang selalu menyampaikan kebaikan dan perkara positif, macam manakah perwatakan mereka? Mungkin pengambilan produk kesihatan turut membantu, tetapi ubat untuk kekal muda ini telah pun Allah jadikan dalam diri kita. Belajar untuk mengawal emosi dan fokus dalam perkara yang kita lakukan. Tangani isu dengan berhemah, bersifat optimistik, kenali potensi diri dan berfikiran positif.

Ok setakat ini dahulu perkongsian aku, semoga sedikit sebanyak mampu membantu kita. Mungkin rakan-rakan pembaca juga ada rahsia kekal muda masing-masing, bolehlah berkongsi bersama diruangan komen.

6 Ulasan

Terbaru Lebih lama