Jerawat mungkin menjadi satu mimpi ngeri buat remaja. Terutama yang sangat menitikberatkan penampilan mereka. Jerawat ini merupakan satu keadaan kulit dimana terjadinya perubahan seperti terdapat bintik putih atau bintik hitam, bengkak yang dalam dan menyakitkan di bahagian bawah kulit. Ada yang bernanah atau tidak. Jerawat yang membengkak ini biasanya berwarna kemerah-merahan.
Terdapat beberapa cara menghilangkan jerawat sama ada secara tradisional atau moden.
Secara modennya, terdapat ubat-ubatan yang disediakan untuk menghilangkan jerawat ini. Biasanya kita akan temui ubat dalam dua bentuk iaitu :
1) Ubat sapu (krim, losen, gel dan pencuci berbentuk cecair)
2) Ubat makan (pil, kapsul)
Penggunaan ubatan seperti Emollients, Benzoil peroksida, asid salistik, antibiotik, retinoids, dan steroid boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat.
Keberkesanan rawatan menggunakan ubat ini biasanya dapat dilihat dalam jangka masa 3 bulan dan maksimum 5 bulan (bagi jerawat yang teruk)
Larangan:
1) Jangan picit jerawat.
2) Menghentikan pengambilan ubat-ubatan sebelum tamat tempoh rawatan.
3) Mendedahkan diri secara langsung kepada cahaya matahari.
4) Minum minuman beralkohol.
Pengalaman aku sendiri, aku pernah gunakan ubat benzoil peroksida dan antibiotik (c-mycin). Dua ubat ini memberi kesan yang memuaskan berbanding ubat dan cara lain untuk menghilangkan jerawat ini.
Benzoil peroksida ini membunuh bakteria dan seterusnya menghalang pembiakan bakteria. Manakala antibiotik menyerang kuman yang boleh membuat jerawat bertambah teruk, menghalang pembiakan bakteria dan mengurangkan kemerahan dan bengkak. Contohnya, ubat C-mycin.Walau bagaimanapun, ubat-ubat ini bergantung kepada kesesuaian dengan kulit kita.
Persekitaran yang kotor juga boleh menyebabkan jerawat dan selalulah cuci muka dengan air bersih. Cara menghilangkan jerawat secara tradisional aku tak tahu. Mungkin ada para pembaca yang boleh berkongsi petua-petua menghilangkan jerawat secara tradisional. Bolehlah berkongsi di ruangan komen.

Catat Ulasan