Fakta, Khasiat dan Kebaikan Telur Ayam

Telur ayam boleh dikatakan makanan utama juga dalam kehidupan masyarakat di Malaysia ini. Banyak menu atau resepi menggunakan telur ayam. Telur ayam mempunyai banyak kebaikan dan khasiatnya walaupun sesetengah pihak menyatakan telur ayam mempunyai kaitan dengan kadar kolesterol dan sebagainya. Telur ayam merupakan salah satu sumber yang baik untuk mendapatkan vitamin, nutrien dan protein.


Okey. mari kita lihat satu persatu, apa yang ada pada telur ayam ini.

1) Kuning Telur Membantu Perkembangan Otak
Kuning telur ini kaya dengan vitamin-B kompleks. Vitamin ini dapat membantu perkembangan otak janin sekiranya ibu mengandung memakannya. Diet yang tinggi dengan vitamin ini juga mampu membuatkan seseorang itu rasa gembira. Ia membantu menghasilkan hormon "gembira".


2) Sumber Protein
Telur ayam merupakan sumber protein yang baik. Diet yang mengandungi telur ayam ini adalah sumber yang baik untuk membina otot.




3)  Maksud disebalik Kuning Telur
Menurut American Egg Association, warna kuning telur yang berbeza menunjukkan makanan yang dimakan oleh ayam itu. Ayam kampung yang makan makanan pelbagai mempunyai kuning telur yang lebih pekat berbanding ayam telur.


4) Putih Telur
Beza antara putih telur yang lutsinar atau cerah dengan putih telur yang agak keruh ialah usia telur tersebut. Telur lama mempunyai  putih telur yang cerah dan jelas manakala telur baru mempunyai putih telur yang keruh.



5) Beza Kulit Telur
Beza warna kulit telur ayam ini bergantung kepada keturunannya. Biasanya, kalau di Malaysia ni, telur ayam kampung berwarna putih manakala ayam telur berwarna coklat.


6) Kaya dengan Sulfur
Telur ayam juga tinggi dengan kandungan sulfur. Nutrien  yang membantu penyerapan vitamin B sehinggalah fungsi hati. Sulfur ini juga membantu menghasilkan kolagen dan keratin yang menghasilkan dan mengekalkan rambut yang bersinar, kuku yang kuat dan kulit yang berseri.


Kebiasaannya, ayam kampung atau ayam organik mempunyai telur yang lebih berkhasiat dan baik. Hal ini kerana faktor pemakanan ayam ini yang lebih bersifat semula jadi tanpa bahan kimia dan sebarang hormon untuk mempercepatkan kegemukan atau cepat bertelur.



rujukan: huffingtonpost.com , menshealth.com, & www.ncbi.nlm.nih.gov

13 Ulasan

Terbaru Lebih lama