Kencing Tikus

Penyakit kencing tikus atau nama saintifiknya leptospirosis adalah berpunca daripada air kencing tikus. Walaupun, penyakit kencing tikus ini jarang berlaku namun penyakit ini boleh membawa maut. Sebelum ini, banyak kita dengar dalam berita yang menyatakan kematian berpunca daripada air kencing tikus. Ada yang terkena akibat mandi di dalam air yang tercemar dengan air kencing tikus ini. Ada juga yang mati akibat tidak basuh tin minuman yang telah tercemar dengan kencing tikus ini.

Mungkin sesetengah pihak tidak mengambil serius akan hal ini kerana yakin akan kebersihan rumah mereka, namun adakah kita tahu bahawa produk yang dibeli di pasaraya atau kedai runcit itu bersih daripada pencemaran kencing tikus?

Penyakit kencing tikus ini boleh terkena kepada manusia dan haiwan. Manusia boleh terkena dengan penyakit ini sekiranya ada sentuhan secara terus dengan air kencing haiwan yang mempunyai bakteria ini atau pada sekitaran yang telah dicemari oleh air kencing ini. Bakteria ini memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung dan mata.

Leptospira sp.


Tikus dan mondok merupakan hos utama untuk penyebaran bakteria ini. Mamalia yang menjilat atau terkena dengan air kencing tikus ini mejadi hos kedua. Leptospirosis ini akan terus berjangkit selagi ia masih lembap (air kencing).


Simptom-simptom Penyakit Kencing Tikus

1) Demam
2) Sakit kepala
3) Sakit otot
4) Mengigil
5) Batuk tidak berkahak
6) Loya, muntah dan cirit-birit
7) Sakit sendi
8) Sakit tulang
9) Sakit tekak
10) Sakit perut
11) Radang selaput mata
12) Ruam

Pesakit akan menunjukkan gejala ini dalam tempoh 2 - 26 hari.

Penyakit kencing tikus yang lebih teruk akan mengakibatkan:

1) Kegagalan ginjal
2) Kerosakan hati yang menyebabkan penyakit kuning (jaundice)
3) Pendarahan kulit
4) Jangkitan selaput otak

Jika pesakit lewat dirawat ia boleh membawa kepada KEMATIAN.

Pencegahan:

1) Elakkan mengharungi air atau berenang dalam air sungai atau kolam yang dikhuatiri tercemar.
2) Jika berenang dalam kolam atau tasik, pastikan air tidak masuk ke dalam air.
3) Pastikan air yang diminum dimasak terlebih dahulu.
4) Pastikan persekitaran sentiasa bersih
5) Gunakan sarung tangan apabila membuang bangkai haiwan dan membersihkan najis haiwan tersebut (dikhuatiri haiwan tersebut dijangkiti penyakit kencing tikus ini).
6) Bersihkan kawasan sekeliling rumah supaya air tidak bertakung.

9 Ulasan

Terbaru Lebih lama