Kesan dan Akibat Jerebu

Masalah jerebu ni nampaknya seolah-olah seperti fenomena tahunan pula. Kalau tidak silap, tahun lepas kita menghadapi masalah yang sama. Bawaan angin Monsun Barat Daya yang menyebabkan jerebu di negara kita ini. Mungkinkah perkara yang sama akan berlaku pada tahun 2014? Antara penyebab kepada jerebu ini ialah pembakaran terbuka, pembebasan asap kilang dan pembebasan asap dari kenderaan.


Menurut akhbar, bilangan titik panas berdasarkan imej satelit NOAA-18 menunjukkan peningkatan titik panas di Sumatera, Indonesia daripada 113 kepada 187 titik panas. Titik panas di Malaysia pula terdapat kira-kira 26 titik panas. Titik panas ini merujuk kepada pembakaran terbuka. Buat masa ini, menurut Jabatan Alam Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Johor dan Melaka masih tidak sihat dan sangat tidak sihat. Manakala IPU kawasan-kawasan lain adalah sederhana.



Kesan dan Akibat Jerebu

Mengapakah kita perlu mengambil perhatian terhadap masalah jerebu ini? Jerebu ini membahayakan kesihatan dan memburukkan lagi kesihatan penghidap penyakit berikut:

1)  Asma

2) Radang paru-paru.

3) Sakit Jantung.

4) Penyakit onstruktif saluran pernafasan kronik.

5) Sakit Tekak

6) Sakit Mata

7) Batuk

8) Selesema





Tips Penjagaan Kesihatan Semasa Jerebu

1) Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.

2) Sekiranya ingin ke luar rumah, gunakan penutup hidung dan mulut (mask) yang bersesuaian  seperti "N95" atau "P100".

3) Banyakkan minum air kosong.

4) Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. (aircond). Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.


5) Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan aktiviti luar.



Bersama-samalah kita menjaga kesihatan dan alam sekitar kita. Hukum alam ini senang, kita penyebabnya dan kita akan menerima kesan dan akibatnya kembali.

14 Ulasan

Terbaru Lebih lama