Lesen Memandu Baru 2013

Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT) akan diperkenalkan oleh pihak kementerian pengangkutan pada 15 Julai 2013 ini. Lesen ini bertujuan untuk mengantikan lesen memandu yang sedia ada yang telah digunakan sejak tahun 1989 lagi. Lesen LMBT ini boleh diperolehi di semua pejabat dan cawangan JPJ bermula 15 Julai 2013 ini. Seterusnya, pengeluarannya akan diperluaskan kepada pejabat-pejabat pos pada bulan November nanti.

Lesen memandu baru ini mempunyai sistem keselamatan yang lebih baik. Dari segi fizikalnya, ia menggunakan kad plastik pra cetak dengan reka bentuk dan lapisan hologram yang mempunyai keselamatan canggih. Selain itu, gambar dan informasi pemilik lesen juga dilindungi dengan menggunakan perisian khas.




Lesen memandu baru ini juga membolehkan gambar pemilik lesen memandu ini disimpan dalam pangkalan data JPJ bagi memantapkan lagi penguatkuasaan.

Satu langkah positif yang diambil oleh pihak kementerian pengangkutan. Tambahan lagi, lesen lama tu dah kurang praktikal dan senang untuk dipalsukan. Semoga lesen memandu baru ini dapat memberi manfaat kepada semua.

18 Ulasan

Terbaru Lebih lama