Sekadar hendak berkongsi kisah hidup sebagai blogger. Aku bukanlah seorang blogger hebat. Cuma ada kisah disebalik dunia blog ni. Aku kenal blog ni kira-kira tahun 2006 . Ni zaman Myspace, Frendster dan seangkatan dengannya. Yahoo pun lagi popular dari Google tahun tu. Aku kenal sahaja, tapi tak tahu nak buat blog ni. Maklumlah, dulu nak dapat internet ni susah dan masa tu pun masih pelajar. Dulu aku ingat, apa benda la blog ni kan. Dulu blog kebanyakkan macam diari peribadi je. Cerita pasal kisah hidup masing-masing. Lepas tu, aku cuba la buat blog guna blogspot ni. Memang terkial-kial la. Last-last tak jadi. Dulu aku memang buta IT sikit, tak tahu sangat tentang internet ni dan tak ada tutorial buat blog macam sekarang ni. Jadi, aku putus asa tambah dengan blur. Nak buat blog pun tak ada motif. Aku tinggalkan sahaja. Lama sangat aku tidak hiraukan tentang blog ni. Tak ambil tahu pun. Tambah-tambah pula, masa tu baru masuk belajar di universiti.
Semasa di universiti, aku ada ambil kursus penulisan, kebanyakan yang ambil kursus ni perempuan, aku je yang gatal nak menyibuk..haha..Nak belajar macam mana nak menulis ni kan. Sampai sekarang tak hebat pun. Pensyarah kursus ni ada blog, jadi apa-apa maklumat dan rujukan yang lebih boleh la rujuk blog dia. Dari situ la terdetik nak ada blog juga. Tahun 2010, aku cuba la buat. Tahun ni dah banyak dah blog, tutorial blog pun banyak dah. Jadi, berjayalah aku buat blog ni guna blogspot. Mula la menulis, masa tu aku belum lagi ada halatuju, aku tulis dan kongsi perkara yang aku minat sahaja.
Aku suka mengenai kesihatan walaupun ini bukan bidang aku, bidang aku Geologi . Sebenarnya minat tak mengenal apa bidang kita. Kita boleh jadi sesiapa sahaja dengan minat dan ilmu. Dari situ la aku kongsi sedikit demi sedikit artikel berbahasa inggeris yang diterjemahkan dalam bahasa melayu. Jadi, ayat pun kadang-kadang pelik. Maklumlah dulu tak pandai menulis sangat, kalau baca balik pun artikel lama tu macam nak tergelak pun ada.
Dari situlah aku terus blogging, sedikit demi sedikit aku belajar, belajar mengenai "coding" blog, belajar "blogwalking" dan banyak lagi la. Tentang duit? Masa tu nuffnang dah makin popular sebab nuffnang ni senang nak daftar. Ada juga la terdetik dalam hati ni nak buat duit guna blog macam orang putih tu. Jadi kalau dah terlampau fikir duit tu, cara blogging ni jadi lain sikit. Sampai satu masa aku putus asa sebab tak dapat apa-apa pun dari blog ni, dari Nuffnang tu dapat la RM 0.10. Aku teruskan membaca dan mencari tips dari blogger tentang buat duit dengan blog ni. Banyak berkongsi bahawa jika buat blog hanya kerana duit, memang susah untuk berjaya.
Dari situlah aku ubah minda aku ni, duit adalah nombor dua, yang pertama, teruskan minat ini dulu. Dari situ la aku serius kembali dalam dunia blog ni. Kenal banyak blogger hebat macam blog Kak Jie, blog Denaihati, blog BenAshari termasuklah blog Earncent Titan tu. Kenal alam maya je la. Lepas tu, dari situ juga la aku bermula dengan domain sendiri, dulu aku guna blackrosehunter.com dengan self-hosting. Waktu tu belajar guna wordpress sendiri, tak ada akademi macam Akademi Denaihati sekarang ni. Banyak belajar dengan google dan blog orang lain sahaja. Dah ada domain sendiri ni, makin serius la kan blogging, banyak masa dihabiskan dengan blog.
Semasa guna wordpress self-hosting tu, banyak juga pengalamannya, macam mana rasa blog kena hack, macam mana rasa serverdown (maklumlah hosting murah) dan macam mana nak deal dengan database. Ranking Alexa masa tu pun dah tunjuk kecantikannya. Lepas tu sampai la satu masa syarikat yang menyediakan domain aku tu bankrap. Boleh la pulak macam tu kan?Jadi aku kena renew domain tu dengan syarikat lain. Masa itulah, silapnya dari pihak aku apabila aku lambat renew domain aku tu, aku ingatkan tak ada la nak domain tak popular macam domain aku ni. Jadi, masa nak renew domain dot COM tu dah tak boleh. Masa tu, kecewa tu Tuhan saja yang tahu. Usaha sekian lama, akhirnya hancur macam tu je.
Kemudian, aku cuba pula bangun dengan domain dot NET dengan penyedia hosting yang sama. Masa guna domain ni, tak cukup lama sebab hosting pula buat masalah, asyik "serverdown" tambah kena hack sekali lagi. Lepas tu, aku dah memang betul-betul putus asa, aku keluarkan semua database yang ada dan kembali ke blogspot. Lepas tu, aku dah kurang update blog, sebulan mungkin sekali, itu pun dari artikel akhbar (contoh yang jangan diikut), ada aku letak sumber aku ambil, dan mungkin ada yang aku tak letak. Salah sebenarnya dari segi etika kita sebagai seorang penulis. Waktu ni aku dah hilang minat untuk blogging, hanya update untuk bagi blog ni hidup je.
Sampai la tahun ni, minat tu datang balik apabila tengok dunia blogging ni makin meriah. Aku cuba guna domain yang aku beli dengan AsiaHost ni. Harga domain dot MY ni pun tak mahal pun. RM30 sahaja untuk setahun. Lebih kurang sahaja dengan domain dot COM. Jadi, sekarang ni mula dari bawah kembali.
Itulah sedikit sebanyak kisah aku, panjang juga nak membacanya, kalau yang baca habis tu, ambillah iktibar dan pengajaran daripada yang aku lalui. Mungkin ada yang berguna. Okey, setakat situ dulu.
Yang penting Melayu Boleh!

Catat Ulasan