Petua dan Cara Hilangkan Ulser Mulut

Mesti ramai yang pernah kena ulser dalam mulut ni kan? Rata-ratanya yang terkena ulser ini akibat tergigit bibir atau bahagian dalam pipi kita. Walau bagaimanapun, ulser ini boleh berpunca akibat tindak balas dengan ubat tertentu, ada juga akibat penjagaan kebersihan mulut yang kurang baik dan mengakibatkan jangkitan. Dalam kes-kes tertentu, ulser ini juga boleh juga terbentuk akibat kanser. Umumnya, ulser ini tidak berbahaya cuma mungkin menyusahkan sewaktu makan sahaja.


Beberapa Petua dan  Cara Untuk Hilangkan Ulser Mulut ini ialah:

1. Elakkan makan masakan pedas dan berempah.

2. Elakkan makan makanan yang masam.

3. Minum banyak air.

4. Selalulah berkumur dengan air suam yang sedikit masin.

5. Pastikan mulut sentiasa bersih.

6. Boleh guna ubat penahan sakit macam paracetamol. (penadol)

7. Makan ais-krim perisa vanila







Okey, itu sahaja cara yang mudah dan ringkas untuk hilangkan ulser ini. Mungkin ada cara tradisional lain untuk mengubati ulser ini. Kalau rakan pembaca tahu. Boleh berkongsi bersama.  :)

14 Ulasan

Terbaru Lebih lama