Cuaca yang panas merupakan salah satu faktor kepada peluh. Namun, bagi sesetengah orang, mereka berpeluh lebih banyak daripada kebanyakan orang. Masalah ini dikenali sebagai hyperhidrosis. Hyperhidrosis ini bukan satu penyakit yang membawa bahaya kepada penghidapnya, namun ia memberi kesan dari segi psikologi dan rasa tidak selesa kepada penghidapnya. Bahagian yang selalu berlaku peluh berlebihan ini ialah tapak tangan, kaki dan juga bawah lengan (ketiak).
Mengikut pakar, wanita menghidap peluh berlebihan kira-kira 3% daripada kaum lelaki dan laporan menunjukkan kebanyakan mereka yang menghadapi masalah ini tidak berjumpa dengan pegawai perubatan.
Ramai yang mencari jalan penyelesaian bagi masalah peluh berlebihan ini terutamanya peluh berlebihan di bahagian bawah lengan dengan mencuba pelbagai rawatan. Rawatan yang paling asas ialah ubat antipeluh. Ubat ini berfungsi dengan menghadang saluran kelenjar peluh bagi menghalang peluh keluar di permukaan kulit. Bahan aktif dalam ubat ini ialah metallic salts dan aluminum chloride hexahydrate.
Sekiranya rawatan ini tidak berjaya menghalang peluh berlebihan ini, rawatan seterusnya ialah . Rawatan ini lebih popular untuk peluh di bahagian tangan dan kaki berbanding peluh di bawah lengan. Kaedah ini boleh dilakukan di klinik atau di rumah. Walau bagaimanapun, ia mempunyai kesan sampingan.
iontophoresis
Rawatan alternatif kepada iontopheresis ini ialah melalui suntikan Botox (botulinum toxin). Botox ini berfungsi dengan menghalang saraf peluh dari menghantar isyarat kepada pundi peluh daripada menghasilkan peluh. Ia berkesan selama 3 hingga 16 bulan dan memerlukan suntikan susulan.
Rawatan peluh berlebihan atau hyperhidrosis yang terbaru (tahun 2012) dipanggil miraDry. Rawatan ini mampu mengatasi peluh berlebihan pada bahagian bawah lengan pada jangka masa yang lama. Ia menggunakan tenaga elektromagnet untuk menghapuskan 22 000 hingga 30 000 pundi peluh di bahagian bawah lengan (ketiak). Kajian menunjukkan kaedah miraDry ini mengurangkan peluh sehingga 80% dan memberi hasil yang cepat dan tahan lama. Kesan sampingan yang dijangka selepas rawatan ini ialah kemerahan, bengkak dan rasa sakit. Faedah lain dari rawatan kaedah ini ialah pengurangan bulu dan bau.
sumber: doctoroz.com

Catat Ulasan