Isu dan masalah mercun ini tiada penghujungnya.
Setiap tahun, kalau dekat dengan musim perayaan mesti ada kedengaran
budak putus jari, budak buta mata dan juga isu penyeludupan. Walaupun
sudah diharamkan oleh kerajaan, namun mercun ini masih berleluasa. Sikap
masyarakat kita yang suka melanggar peraturan ni memang sukar hendak
dibendung.
Kalau kita lihat isu pengharaman rokok, tidak diambil serius pun walaupun kita tahu rokok itu membunuh kita dalam senyap. Rasanya, mercun ni asalnya digunakan oleh kaum Cina semasa perayaan mereka. Tetapi apa yang terjadi kini, Melayu telah mengalahkan Cina dalam hal negetif seperti ini. Kalau Cina bermain mercun pada hari perayaan mereka, Melayu pula bermain sebulan dalam bulan Ramadhan.
Alangkah bagusnya kalau bangsa Melayu ini mengalahkan orang Cina dalam perniagaan, ekonomi, dan juga pendidikan. Tapi hakikatnya, bangsa Melayu ini masih ketinggalan. Anak-anak muda kita masih alpa dengan perkara-perkara negatif seperti ini. Bahkan makin kurang ajar dalam tingkahlaku mereka. Baling mercun dihadapan rumah orang, bermain mercun ketika umat Islam lain menunaikan solat terawih. Ibu bapa pula yakin bahawa anak mereka pergi solat terawih, hakikatnya mereka pergi bermain mercun.
Mereka menganggap perkara ini seronok, tetapi sebenarnya sangat tidak wajar dan kurang ajar. Banyangkan pakcik-pakcik dan makcik-makcik tua yang sedang bersolat terawih yang terkejut dengan bunyi mercun bola tu. Bayangkan lagi sekiranya mereka ada penyakit jantung. Apa yang bakal terjadi?
Tahun lepas, aku berkesempatan berpuasa dan beraya di Abu Dhabi. Suasananya cukup berbeza, tiada satu pun bunyi letupan pada bulan puasa dan malam raya. Terdetik juga dihati ketika itu, kalau di Malaysia ni sudah tentu dah macam Perang Dunia Ke-2. Di Malaysia ini, seawal hari ketujuh puasa, tempat ini sudah seperti medan perang. Lemahnya mentaliti masyarakat kita.
Aku sentiasa berharap suatu hari nanti, negara ini mempunyai bangsa Melayu yang bagus dalam segala aspek dan mempunyai adab yang baik .

Catat Ulasan