10 Pemenang Anugerah Nobel Paling Popular

Fakta Anugerah Nobel: Pada 27 November 1895, Alfred Nobel telah mewasiatkan sebahagian besar hartanya kepada beberapa siri hadiah dalam bidang Fizik, Kimia, Fisiologi atau Perubatan, Penulisan dan Keamanan yang kini dipanggil Anugerah / Hadiah Nobel. Pada tahun 1968, Sveriges Riksbank ( Bank Negara Sweden) mewujudkan anugerah dalam Sains Ekonomi bagi mengingati Alfred Nobel.


Antara 10 Pemenang Anugerah Nobel yang Popular :


1) Martin Luther King Jr. ( Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 1964)

Dilahirkan pada: 15 Januari 1929 di Atlanta, GA, USA

Meninggal dunia pada : 4 April 1968 di Memphis, TN, USA

Kerakyatan semasa menerima anugerah : USA

Bidang : Hak Asasi Manusia


Martin Luther King mengimpikan penduduk di Amerika dinilai berdasarkan kebolehan masing-masing dan bukannya berdasarkan warna kulit. Pada 4 April 1968 , beliau dibunuh oleh perusuh perkauman berkulit putih.

Empat tahun sebelum kematiannya, beliau dianugerahkan Anugerah Nobel Keamanan atas kempen tanpa keganasan terhadap perkauman.



2) Albert Einstein ( Pemenang Anugerah Nobel Fizik 1921)

Dilahirkan pada : 14 Mac 1879 di Ulm, German.

Meninggal dunia pada : 18 April 1955 di Princeton, NJ, USA

Semasa menerima anugerah: Mempunyai kaitan dengan Institut Kaiser-Wilhelm (sekarang Institut Max-Planck) für Physik, Berlin, German.

Anugerah sempena :Khidmatnya dalam Teori Fizik terutamanya atas penemuan " the law of photoelectric effect"


Bidang : Teori Fizik.






3) Mother Teresa (Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 1979)


Dilahirkan pada : 26 Ogos 1910 di Uskup (sekarang dikenali Skopje), Republic of Macedonia.

Meninggal dunia pada :  5 September 1997 di Calcutta, India

Kerakyatan semasa menerima anugerah : India

Bidang : Kerja Kemanusiaan












4) Rabindranath Tagore (Pemenang Anugerah Nobel Kesusasteraan 1913)


Dilahirkan pada : 7 Mei 1861 di Calcutta, India

Meninggal dunia pada : 7 Ogos 1941 di Calcutta, India

Kerakyatan semasa menerima anugerah : India

Anugerah  sempena : Sumbangan dalam kesusasteraan barat kerana  karya beliau yang segar dan cantik, dengan kemahiran sempurna. Beliau telah membuat syair pemikiran beliau yang dinyatakan dalam Bahasa Inggeris. "

Bahasa : Bengali dan Bahasa Inggeris.







5) Nelson Mandela ( Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 1993)


Dilahirkan pada : 18 Julai 1918 di Qunu, Afrika Selatan.

Kerakyatan semasa menerima anugerah : Afrika Selatan.

Anugerah sempena : Perjuangan beliau terhadap sistem aparteid dan pengasas sistem demokrasi di Afrika Selatan.

Bidang : Hak Asasi Manusia dan Rundingan.











6) Ernest Hemingway (Pemenang Anugerah Nobel Kesusasteraan 1954)


Dilahirkan pada : 21 Julai 1899 di Oak Park, IL, USA

Meninggal dunia pada : 2 Julai 1961 di Ketchum, ID, USA

Kerakyatan semasa menerima anugerah : USA

Anugerah sempena : Kerana penguasaan beliau dalam seni naratif yang ditunjukkan dalam The Old Man and the Sea dan pengaruh beliau dalam gaya kontemporari.

Bahasa : Bahasa Inggeris








7) Marie Curie (Pemenang Anugerah Nobel Fizik 1903)


Marie Curie, née Sklodowska

Dilahirkan pada : 7 November 1867 di Warsaw, Empayar Rusia (kini Poland)

Meninggal dunia pada : 4 Julai 1934 di Sallanches, Perancis.

Anugerah sempena : Pengiktirafan terhadap khidmat luar biasa beliau dalam kajian terhadap fenomena radiasi yang dijumpai oleh Profesor Henri Becquerel.

Bidang : Fizik Nuklear.

Beliau dan Pierre Curie telah menemui elemen baru yang lebih radioaktif berbanding Uranium iaitu Polonium dan Radium.






8) John Steinbeck (Pemenang Anugerah Nobel Kesusasteraan 1962)


Dilahirkan pada : 27 Februari 1902 di Salinas, CA, USA

Meninggal dunia pada : 20 Disember 1968 di New York, USA

Kerakyatan semasa menerima anugerah : USA

Bahasa :Bahasa Inggeris












9) Winston Churchill (Pemenang Anugerah Nobel Kesusasteraan 1953)


Sir Winston Leonard Spencer Churchill

Dilahirkan pada : 30 November 1874 di Woodstock, United Kingdom

Meninggal dunia pada : 24 Januari 1965 di London, United Kingdom

Kerakyatan semasa menerima anugerah : United Kingdom

Anugerah sempena : Penguasaan beliau dalam sejarah dan penerangan biografi serta pidato mempertahankan nilai-nilai mulia manusia.

Bahasa : Bahasa Inggeris




10) William Faulkner (Pemenang Anugerah Nobel Kesusasteraan 1949)


Dilahirkan pada : 25 September 1897 di New Albany, MS, USA

Meninggal dunia pada : 6 Julai 1962 di Byhalia, MS, USA

Kerakyatan semasa menerima anugerah : USA

Anugerah sempena : Sumbangan beliau dalam novel Amerika moden.

Bahasa : Bahasa Inggeris

William Faulkner menerima anugerah nobelnya setahun kemudian iaitu pada tahun 1950.





Kredit gambar : nobelprize.org

11 Ulasan

Terbaru Lebih lama