Isu Ajaran Syiah
Isu mengenai ajaran Syiah yang menular di negara ini sebenarnya sudah lama. Kita semua sedia maklum bahawa ajaran Syiah ini ajaran yang menyimpang daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kalau dilihat kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, fatwa telah pun dikeluarkan sejak tahun 1996 lagi. Begitu juga dengan fatwa oleh majlis agama Islam negeri-negeri.
Senarai Negeri-negeri yang Mengeluarkan Fatwa Membanteras Syiah
1) Kedah - 1998 (Diwartakan)
2) Melaka - 1997 (Diwartakan)
3) Negeri Sembilan - 1998 (Diwartakan)
4) Pulau Pinang - 1997 (Diwartakan)
5) Sarawak -1996 (Tidak Diwartakan)
6) WP Kuala Lumpur -1997 (Diwartakan)
7) Terengganu - 1997 (Diwartakan)
8) Selangor - 1998 (Diwartakan)
9) Kelantan - 1996 (Tidak Diwartakan)
10) Pahang - 2011 (Tidak Diwartakan)
11) Perlis - 2012 (Diwartakan)
12) Pulau Pinang - 1997 (Diwartakan) * Pindaan
13) Sabah - 1996 (Tidak Diwartakan)
14) Johor - 2012 (Diwartakan)
15) Perak -2012 (Diwartakan)
Antara keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 ialah :
Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” DIMANSUHKAN
Sila rujuk fatwa lengkap disini.
Kalau tidak silap aku, tahun lepas (2012) atau dua tahun lepas (2011) , TV1 ada mengeluarkan rancangan khas yang merungkai pergerakan Syiah ini. Mereka menjejaki rumah penganut ajaran Syiah ini. Terbaru mengenai kenyataan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato Zahid Hamidi mengenai pemimpin parti politik yang mengamalkan ajaran Syiah ini, aku pun tahu mengenainya. Perkara ini dah lama, mungkin makin menular dan perlunya tindakan yang proaktif.
Pada pandangan aku, gesaan untuk mewartakan Fatwa Anti Syiah ini adalah bagus dan perlu disambut baik oleh semua majlis agama negeri kerana kalau perkara ini terus berterusan, ia akan memesongkan akidah dan memecah belahkan umat Islam di Malaysia ini. Aku tidak mahu melihat negara kita turut sama seperti negara Islam di Timur Tengah yang ramai penganut Syiah ini. Sekarang ini mereka sudah mempunyai Pertubuhan Syiah Malaysia, moleklah sekiranya kita banteras awal-awal sebelum mereka menjadi lebih kuat.
Ketika ini, negeri Kedah telah mewartakan Fatwa Anti Syiah ini. Diharap negeri lain bakal menyusul. Cegah sebelum parah!

Catat Ulasan